Saya Tak Akan Sebut Saya Tak Setuju Hudud – Calon PAN Sungai Besar

azzharAIDCNews – 8/6/16 –Calon Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar, Azhar Syukur tidak akan menyebut beliau tidak bersetuju dengan hukum hudud sebaliknya berkata pelaksanaan hukum itu perlu mendapat persetujuan bersama daripada Pakatan Harapan.

“Hudud perlu persetujuan bersama (Pakatan Harapan). Perlu kepada keputusan parlimen yang tentukan keputusan majoriti.

“Jadi saya seorang…(berfikir sejenak, tersenyum dan ketawa)…Awak (wartawan) nak tekan saya..Awak nak suruh saya sebut..’saya tak setuju’..saya tak akan sebut..yang itu saya tidak akan sebut,”katanya.

Diajukan soalan sekali lagi, Azhar berkata pelaksanaan hukum hudud perlu berpijak kepada realiti dan mengulangi jawapan yang dibuat sebelum ini.

“Kita cuba berpijak kepada realiti. Kalau nak jalankan itu (hudud) perlu kepada persetujuan bersama. perlu diperbahaskan. Perlu kepada keputusan majoriti,” katanya.

Ditanya lanjut, Azhar sambil ketawa menjawab, “Sampai masanya, kita bincang…Apa pun saya serahkan kepada pemimpin Pakatan Harapan untuk menjawabnya, saya orang kecil di sini dan saya mengikut keputusan pimpinan. Apa yang pimpinan putuskan, saya akan bersama,”katanya.

Ketika ditanya lanjut, adakah kenyataan beliau itu bermaksud mahu mengelak daripada menjawab isu hudud.

“Ya. Betul. Memang, saya akan mengelak daripada menjawab kerana kalau saya sebut pun, saya akan tergantung dan terikat dengan keputusan Pakatan Harapan,”katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s