Azhar Mengaku Takut Bini Sebab Itu Tidak Daftar Pengundi Sungai Besar

AIDCNews – 9/6/16 –Dua kali calon PAN, Azhar Abdul Syukur menjawab “takut bini” apabila ditanya mengapa beliau tidak mendaftar sebagai pengundi di Sungai Besar, parlimen yang ditandingi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu.

“Belum lagi (tukar alamat), saya takut dengan isteri saya. Isteri saya orang Temerloh, (Pahang),”kata Azhar apabila ditanya tentang alamat pengundinya.

Apabila ditanya ditanya lanjut bilakah beliau akan menukar alamatnya, Azhar menjawab beliau akan melakukan selepas selesai PRK ini.

“Selesai ini (PRK), saya akan tukar (alamat sebagai pengundi Sungai Besar) untuk PRU akan datang,”jawabnya.

Ditanya lanjut, bilakah kali terakhir sebelum PRK, beliau balik menetap di Sungai Besar, Azhar berkata beliau sentiasa berpindah dari satu tempat ke satu tempat selama tiga tahun.

“Selama tiga tahun, dalam satu minggu, saya tidak pernah tidur satu tempat. Selama tiga tahun, saya tidur di Temerloh, dua tiga malam. Saya tidur Sungai Besar dua malam. Saya tidur di Kuala Lumpur dua malam.

“Jadi hidup saya, sentiasa bergerak selama tiga tahun. Tiga-tiga tempat ini adalah rumah saya dan saya seorang yang kuat berjalan,”katanya.

Ketika ditanya lagi bilakah akan menukar alamat di Sungai Besar, Azhar mengulangi jawapan yang sama iaitu takut bini.

“Takut pada isteri,”katanya sambil ketawa. “Dulu saya bekerja di sana (Temerloh) sekejab. Masa itu hidup saya susah. Lebih kurang 15 tahun lepas.

“Saya rasa (ketika itu kalau mendaftar di Sungai Besar), saya rugi undi. Nak datang bukan senang, masa itu miskin.

“Jadi lebih baik saya tukar di sana (Temerloh), pilihan raya, saya undi di sana,”katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s