DAP Dalang Pemasangan Banner Provokasi Di PRK Sungai Besar

AIDCNews – 9/6/16 –Kemarahan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu apabila pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menurunkan pemasangan banner provokasi mengesahkan bahawa DAP adalah dalang di sebalik banner yang yang bertujuan mencetus kebencian itu.

Ronnie Liu dan Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng bersama sekumpulan penyokong DAP yang memakai baju oren, warna rasmi PAN dilihat memarahi dan mempertikai tindakan penguat kuasa SPR menurunkan banner provokasi itu.

Namun, bantahan sekumpulan aktivis DAP yang memakai baju PAN itu bagaimanapun tidak dipedulikan oleh pegawai penguatkuasaan SPR itu.

Turut diturunkan pemasangan papan tanda di Jalan Daeng Sedili yang menggambarkan BN dan PAS sebagai sehati sejiwa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

“Pihak SPR sekali lagi mengingatkan bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan

Beliau merujuk kepada tindakan menaikkan papan iklan berbaur perkauman dan fitnah di Sekinchan.

Polis hari ini mengesahkan menerima satu laporan berkaitan perkara itu.

Menjelas lanjut, Mohd Hashim berkata sekiranya melihat kepada perkataan-perkataan pada papan iklan itu, jelas boleh termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen tersebut.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan kempen pilihan raya yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran terhadapnya boleh diambil tindakan sewajarnya.

“Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari,” katanya.

Advertisements

One thought on “DAP Dalang Pemasangan Banner Provokasi Di PRK Sungai Besar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s