PAN Buat U-Turn Bila DAP Mengaku Pasang Papan Tanda ‘Cina Babi’

panAIDCNews – 9/6/16 –Parti Amanah Negara (PAN) membuat u-turn apabila DAP Selangor mengaku memasang berbentuk provokasi yang dilihat berada di sekitar pekan Sekinchan, pada Rabu.

Dengan pengakuan DAP itu, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad terpaksa menelan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas yang dibuat sebelum ini.

“Bila DAP mengaku menaikkan billboard itu, saya jumpa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pagi tadi (Khamis) dan bincang, kita setuju ia tidak akan dinaikkan lagi kerana dianggap provokasi, kami nak berkempen secara positif,” kata Khalid kepada pemberita di pejabat DAP pada Khamis.

Semalam, Khalid mendakwa papan tanda provokasi mungkin dilakukan UMNO sendiri sebagai tindakan ‘reverse psychology’.

“Kami tidak cukup duit untuk (buat) billboard sendiri, bendera pun jauh lebih (sedikit) sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru.

“Ia mungkin ‘reverse psychology’ yang UMNO lakukan sendiri dan sudah tentu pemberita akan bertanyakan AMANAH.

“Kami tidak tahu, itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Mungkin Unit Cawangan Khas (SB), PERKASA pasang, tetapi saya sendiri tidak tahu,” kata Khalid dalam kenyataan medianya semalam.

Namun, hari ini, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua tampil membuat pengakuan bahawa pihaknya yang terlibat menaikkan papan tanda yang tertera perkataan ‘Cina babi’ tersebut.

“Ia dibuat oleh kami (DAP). (Kami meletakkannya) petang ini (petang Rabu). Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai Ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina,” kata Pua dipetik portal Malaysiakini.

Bagaimanapun, papan tanda itu diturunkan selepas diarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurut SPR, perbuatan DAP itu melanggar peraturan pilihan raya.

“Kami mahu mengetengahkan isu-isu ini . Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima adun dan papan iklan telah diturunkan,” kata Pua.

Mengulas isu berkenaan organ PAS, Harakahdaily menganggap strategi PAN dan DAP yang mengunakan politik kebencian telah memakan diri sendiri.

“Di Kuala Kangsar Timbalan Pengerusi PAN Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terpaksa memohon maaf kepada keluarga Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Ketika berceramah di Kampung Sayong Lembah 6 Jun lalu Nizar dilapor berkata Allah memilih pilihan raya di Kuala Kangsar akibat kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada 2009.

“Manakala di Sungai Besar papan iklan bersifat perkauman yang menempelak BN dan PAS di Sekinchan diakui dipasang DAP.

“Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dikatakan mengakui dibuat parti itu. Papan iklan itu diarah diturunkan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Keributan yang berlaku itu memperlihatkan pertelingkahan dalaman berlaku antara pimpinan Pakatan Harapan terhadap strategi kempen yang makan diri sendiri,” ulas organ PAS itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s