Strategi PAN Diatur Oleh DAP – Mustafa Ali

dap-pan AIDCNews – 9/6/16 –Mengulangi dakwaan bahawa calon PAN didalangi DAP, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Mustafa Ali mendedahkan hampir kesemua strategi dan gerak kerja PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diatur oleh parti chauvanis itu.

“Berdasarkan laporan dari lapangan dan pemerhatian saya, strategi dan kerja-kerja untuk calon PAN dibuat oleh DAP.

“Jadi secara realitinya pertandingan tiga penjuru pada PRK Sungai Besar, PAS berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Menurutnya lagi, pemerhatian beliau juga mendapati DAP membuat arahan secara senyap dan mengatur gerak kerja secara bersungguh-sungguh seolah-olah DAP yang bertanding di kedua-dua PRK itu.

“DAP bersungguh-sungguh dalam PRK ini, buat arahan secara senyap kepada seluruh jenteranya, seolah-olah dia (DAP) yang bertanding di Sungai Besar, PRK ini juga maruah dia,” katanya.

Justeru, beliau menyifatkan calon yang dikemukakan PAN adalah ‘pinjaman’ DAP yang bukan dari kalangan parti itu.

Mustafa turut mendedahkan berkemungkinan besar kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan turun untuk berkempen pada PRK Sungai Besar juga turut diatur oleh DAP.

“Macam mana pun bagi PAS itu bukan perkara besar, PAS tak kisah kerana secara tradisi kita berdepan, lawan BN.

“Tapi secara realitinya pada PRK Sungai Besar ini, PAS berdepan dengan BN dan DAP,” ujarnya lagi.


izzah

One thought on “Strategi PAN Diatur Oleh DAP – Mustafa Ali

  1. Ada kerisauan parti PAS mungkin bakal kehilangan pengundi PAS yg berpaling tadah. Situasi di Selangor berbeza dgn Kelantan. PKR lebih kuat di Selangor mungkin ini boleh Bantu PAN. Mass depan PKR-PAS making kabur.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s