Billboard : Dedah Wajah Sebenar PAN..

bilKUALA KANGSAR: Propaganda fitnah dimainkan PAN pada kempen PRK Kuala Kangsar menunjukkan identiti diri, sikap politik dan hala tuju sebenar parti baharu itu.

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, perkara itu dilakukan dengan menaikkan papan iklan besar (billboard) secara terang-terangan.

“Tanpa berselindung lagi, tanpa rasa malu. Cara kempen sama juga digerakkan DAP pada kempen PRN Sarawak baru-baru ini. PAN kononnya tidak tahu menahu.

“Tetapi di media sosial ramai anggota mereka sebar bahan sama dari ‘billboard itu. Malah, DAP mengakui mereka yang naikkan. ‘Billboard’ sama dinaikkan di Sungai Besar

“Apa maknanya? Bukti penyataan selama ini bahawa PAN itu khadam DAP, adalah benar,” ujarnya ‘mendedah’ identiti diri parti itu.

Menurut Akmal, beliau tidak terkejut dengan propaganda fitnah tersebut kerana itulah juga sikap politik yang mereka cetuskan semasa di dalam PAS dahulu.

Jelasnya, rekayasa mereka itulah membantut dan membalikkan fitnah terhadap pembawaan Islam oleh PAS, sekali gus mencalar reputasi PAS.

“Dahulu mereka menguasai. Buat pelbagai kaedah. Ada masa serang melulu lawan politik. Tetapi ada waktu lain mereka pukul diri sendiri untuk timbulkan simpati kononnya lawan memukul.

“Mereka sebenarnya tidak ada dasar berpolitik yang jelas. Agama pun boleh dimainkan mereka. Bayangkan permainan politik sebegini dilakukan terhadap rakyat. Apa kesannya?

“Syukur mereka tiada lagi dalam PAS. Sebelum ini, pendekatan politik matang dan sejahtera yang dibawa kepimpinan ulama PAS telah dirosak dan dihalang mereka,” dedah beliau lagi.

Tambah Akmal, rakyat perlu menyedari bahawa hala tuju PAN hanya semata-mata kuasa dan tidak ada matlamat terhadap keharmonian rakyat.

Bahkan jelas, dari kempen dilakukan parti itu boleh mencetuskan rasa tidak senang serta ketegangan terhadap pelbagai pihak – pilihanraya.pas.org.my/

billbord2

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s