Rai Arak Jika PAN Dapat Lebih Banyak Undi Berbanding PAS Kenyataan Angkuh

AIDCNews – 10/6/16 – PAS menyifatkan ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim angkuh kerana membuat kenyataan mahu meraikan kejayaan dengan meminum arak, sekiranya PAN mendapat undi lebih banyak daripada parti Islam itu di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Nak rancang celebrate (meraikan) kemenangan pun biarlah berpada-pada.

“Kenyataan Ng (Suee Lim) daripada DAP untuk rai kejayaan jika PAN boleh menewaskan PAS dengan Carlsberg, Tiger dan Guinness Stout sebagaimana yang dilaporkan The Star dilihat sangat angkuh,” tulis Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi di Facebooknya hari ini.

Jelas Ahli Parlimen Temerloh itu lagi, Suee Lim tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana calon PAN yang bertanding di kedua-dua PRK itu adalah umat Islam.

“Kebetulan calon PAN adalah juga seorang muslim. Apa pun kenyataan itu menonjolkan kesombongan yang tidak sewajarnya seperti mahu menempelak umat Islam dengan menjadikan minuman keras sebagai keraian kejayaan mereka menewaskan parti Islam,” katanya.

Semalam, Joceline Tan melalui kolumnya di akhbar The Star mendedahkan Suee Lim dalam sebuah ceramah di Sungai Besar berkata jika AMANAH memperoleh undi lebih banyak daripada PAS, “kami boleh raikan dengan Carlsberg, Tiger dan or kau (Guinness Stout)”.

hani

Sementara itu, Suee Lim dilaporkan mempertahankan kenyataannya untuk meraikan kejayaan dengan meminum arak sekiranya PAN mendapat undi lebih banyak berbanding PAS dalam kedua-dua PRK itu.

Katanya, beliau cukup kesal dengan tindakan Nasrudin yang mempersoalkan hak beliau sebagai orang bukan Islam untuk minum arak, kerana perkara itu jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.

Jelas Suee Lim lagi, kenyataannya untuk meraikan kejayaan dengan meminum arak langsung tidak ada kaitan dengan orang Islam.

“Saya cukup kesal kerana mereka (PAS) mempersoalkan hak saya sebagai bukan Islam untuk minum arak. Saya ada hak untuk minum arak bersama rakan-rakan saya yang bukan Islam, mereka tidak sewajarnya mempertikaikan hak saya untuk minum.

“Itu hak saya mengikut perlembagaan dan harus dihormati hak saya bukan Islam untuk minum, sama seperti orang Islam meminta bukan Islam menghormati hak orang Islam.

“Saya minta dalam konteks ini, saya tidak pernah menjemput orang Melayu Islam datang bersama saya untuk minum (arak), itu saya tahu tidak boleh, orang Islam minum (arak) tidak boleh…hukumnya haram,” katanya kepada FMT hari ini.

Menerusi penjelasan itu, Suee Lim turut menyifatkan sikap pemimpin PAS sejak kebelakangan ini seperti UMNO yang sering memainkan sentimen agama dan perkauman.

“Mereka (PAS) sekarang seperti UMNO suka memainkan sentimen Melayu Islam, sedangkan saya tidak pernah menyatakan perkara sedemikian. Saya hanya nyatakan saya mahu minum dengan kawan saya yang bukan Islam…tidak boleh ke?” soal Suee Lim.

yamseng

One thought on “Rai Arak Jika PAN Dapat Lebih Banyak Undi Berbanding PAS Kenyataan Angkuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s