Nizar Akui Gadai 1,000 Ekar Tanah Untuk Sekolah Cina

KUALA KANGSAR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar ketika awal bulan Ramadan mendedahkan hikmah yang selama ini mungkin tidak pernah diketahui rakyat Perak khasnya umat Melayu Islam di negeri itu.

Siapa sangka ceramah politik pembangkang yang lazimnya dipenuhi tohmahan buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), ada juga tanpa disedari membongkar banyak rahsia yang cuba disorok oleh pemimpin parti lawan.

Terbaharu tidak sampai 24 jam berceramah di Kampung Sayong Lembah pada Isnin, bekas menteri besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin ‘kantoi’ menceritakan jasa dirinya yang dirahsiakan kepada masyarakat Melayu.

Berbeza ceramah di kawasan Melayu yang dipenuhi ungkapan biadap kontroversi sehingga dikritik banyak pihak, ceramah di Taman Jerlun di sini lewat Selasa banyak memuji dirinya berbakti secara rahsia kepada kaum Tionghua.

Mungkin mahu menarik undi simpati daripada masyarakat Cina yang majoriti tinggal di kawasan perumahan itu, Mohammad Nizar mendakwa pernah membantu etnik tersebut sepanjang 11 bulan menjadi menteri besar dahulu.

ADUN Changkat Jering tersebut tanpa sedar mendedahkan beliau sanggup ‘menggadaikan’ 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri itu kepada sembilan buah sekolah Cina untuk diusahakan ketika mentadbir Perak pada 2008 lalu.

Dalam ceramah PAN anjuran DAP di hadapan kira-kira 300 penduduk itu, Mohammad Nizar juga bercerita bahawa beliau mudah memberi geran tanah kepada kaum Cina di penempatan kampung baharu dari Gerik hingga Tapah.

Pendedahan yang cukup mengejutkan itu tidak pula diceritakan kepada pengundi Melayu sekali gus membuktikan pemimpin PAN ini sanggup berbuat apa sahaja demi meraih undi masyarakat Tionghua yang anti-Barisan Nasional.

Pada masa sama, rakyat Perak yang pernah merasai ‘azab’ pentadbiran Mohamad Nizar tentu masih lagi ingat bagaimana sukarnya sekolah agama rakyat dibantu pihak kerajaan negeri ketika itu malah langsung disisihkan.

Bukan itu sahaja, menjelang kejatuhan kerajaan beliau pada 2009, bekas pemimpin PAS Perak ini sempat lagi meluluskan pemberian geran pajakan tanah selama 999 tahun kepada penduduk Cina yang dianggap amat pelik.

Mungkin beliau seronok bercerita ‘kehebatannya’ suka membantu kaum Tionghua, namun di manakah ihsan dirinya terhadap nasib bangsanya sendiri sehingga pernah dilabel sebagai boneka DAP waktu itu. – Mynewshub.cc

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s