Nizar Mohon Maaf Kepada Mastura

KUALA KANGSAR- Setelah dikecam pelbagai pihak, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akhirnya memohon maaf berhubung isu ceramahnya di Lembah Sayong di sini, Selasa lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering itu, bagaimanapun, tetap menyalahkan media yang didakwa menyalahtafsir ucapannya.

“Dalam muqadimah ceramah tersebut, saya telah meminta hadirin membaca surah Al-Fatihah untuk disedekah kepada Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

“Saya juga dengan panjang lebar telah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta dikurniakan kesabaran dan kekuatan iman kepada seisi keluarga.

“Namun, laporan media keesokkannya telah sengaja membuat telahan dan tohmahan dan andaian yang salah dan jauh terbabas dari niat dan maksud sebenar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, berkata permohonan maaf itu adalah tidak bersyarat dan ia merupakan tanda keluruhan hati beliau yang bersimpati atas ketentuan Allah.

“Sebagai seorang suami dan bapa saya juga dapat merasai dan menjiwai serta merasakan kesedihan yang teramat sangat yang ditanggung oleh seisi keluarga,” katanya.

Mohammad Nizar dalam satu ceramah umum Amanah itu dipetik sebagai berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar.

PRK Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

PKR itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada Allahyarham Wan Mohd Khair-il, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi (Amanah) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s