Janji Azhar Mahu Balik 2 Bulan Sekali Jika Menang PRK Sungai Besar Dikritik Calon PAS

AIDCNews – 11/6/16 – Janji calon PAN, Azhar Abdul Syukur yang berkata mahu balik ke Sungai Besar dua bulan sekali jika menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu dikritik calon PAS, Dr Abdul Rani Osman .

“Ada seorang tu, dia kata orang tempatan, tetapi dia nak datang dua bulan sekali. Apa barang ni tuan-tuan..

“Saya tak sebut sesiapa, tetapi dia kata dia orang tempatan..Orang tempatan apa ni ?, “kata Dr Rani yang tidak menyebut individu itu tetapi dipercayai merujuk kepada calon PAN, Azhar Abdul Syukur.

Dr Rani mengakui walaupun beliau bukan penduduk tempatan di Sungai Besar, namun beliau berjanji akan datang ke parlimen Sungai Besar seminggu sekali sekiranya dipilih menjadi Ahli parlimen pada 18 Jun ini.

“Saya ini ada dua tempat, satu di (DUN) Meru, walaupun saya bukan orang tempatan (Sungai Besar), (jika menang), Insya Allah saya akan datang (ke Sungai Besar) setiap minggu,”katanya.

Jika Menang, Calon PAN Berjanji Akan Pulang Ke Sungai Besar Dua Bulan Sekali

Azhar Mengaku Takut Bini Sebab Itu Tidak Daftar Pengundi Sungai Besar

Sementara itu, ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim menasihatkan Dr Rani supaya menarik diri daripada bertanding kerana khidmatnya tidak diperlukan di Sungai Besar.

“Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

“Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya yang membidas dakwaan Dr Rani yang berkata ADUN DAP itu terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan akibat kesibukan berkempen.

“Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.

“Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini,” katanya.

Kelmarin, Dr Rani dalam kenyataannya di Sinar Harian meminta Suee Lim menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Advertisements

One thought on “Janji Azhar Mahu Balik 2 Bulan Sekali Jika Menang PRK Sungai Besar Dikritik Calon PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s