Jika Benar Mahfuz & Syed Azman Bersama Mat Sabu, Lebih Baik Masuk PAN – Aktivis PAS

mahfuzAIDCNews – 11/6/16 – Jika benar Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, YB Datuk Mahfuz Omar dan ADUN PAS Batu Burok, YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi makan bersama dengan Presiden PAN, Mohamad Sabu, lebih baik kedua tokoh itu menyertai PAN, saran Huzir Sulaiman, Setiausaha Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat.

Beliau merujuk kepada sekeping gambar yang menunjukkan Mahfuz dan Syed Azman berada dalam satu majlis menjamu selera bersama Mat Sabu dan beberapa pimpinan PAN yang lain.

“Mahfuz dan Syed Azman makan sama dengan PAN ke tu? Masuk PAN terus la kalau betul,” saran Huzir dalam Facebooknya.
kedua tokoh itu, Mahfuz dan Syed Azman meskipun mengambil pendirian untuk kekal dalam PAS, namun tindak tanduk mereka lebih menyebelehi PAN.

Terbaharu, Mahfuz dalam kenyataannya dilihat lebih berpihak kepada PAN berkaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mahfuz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Selamatkan Malaysia Kedah menyifatkan pertandingan PRK itu berat sebelah iaitu pertandingan dua lawan satu.

Dua lawan satu yang dimaksudkan beliau adalah BN dan PAS menghala serangan terhadap PAN di kedua-dua PRK itu.

“Pertandingan 2 lawan 1 ini menyaksikan blok ke-3 pembangkang PAS dan Ikatan serta blok kerajaan UMNO BN menghala serangan kepada PH yang diwakili Amanah.

“Apakah ini satu kebetulan atau satu perancangan strategik dari BN dan blok ke 3 pembangkang untuk melemahkan lawan mereka yang sama iaitu PH yang diwakili oleh Amanah.

“PAS parti saya sudah istihar undi Amanah sama macam undi DAP. Sama seperti sebelum ini Umno BN menakutkan Melayu dengan slogan undi PAS sama macam undi DAP. Nampaknya banyak perkara yang PAS parti saya dah belajar dari UMNO BN untuk menarik sokongan pengundi Melayu.

“Kini PAS parti saya mengguna strategi UMNO untuk menakutkan Melayu khususnya ahli PAS yang dibimbangi mengundi Amanah khususnya di Kuala Kangsar kerana calon Amanah adalah abang kepada Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar Mohd Dzoriff Ramli.Keluarga mereka sangat besar dan majoritinya adalah PAS,”kata Mahfuz.

Beliau turut mempertikaikan sikap PAS yang lebih menumpukan serangan terhadap PAN berbanding dengan BN.

“Nampaknya parti saya PAS macam sudah istihar yang parti Amanah sebagai musuhnya dalam PRK ini dan tidak pulak akan menyerang UMNO BN seperti yang dinyatakan oleh pimpinan PAS sebelum ini. Begitu juga UMNO BN mengistihar Amanah musuh mereka dan tidak PAS.

“Sesekali dilihat dari serangan UMNO dan PAS nampak macam parti Amanah begitu hebat dan kuat kerana ditakuti oleh PAS dan BN.

“Bagi saya pertandingan 2 lawan 1 di PRK kali ini tak ubah macam pertandingan gusti (Wrestling) di mana 3 orang sekali lawan dalam satu pertandingan atas satu pentas gelanggang. Lalu 2 orang akan cari jalan untuk lemahkan yang seorang. Bila seorang itu lemah dan berjaya dikeluarkan dari gelanggang baru yang 2 lagi akan berlawan dan bergantunglah kepada kekuatan, kehandalan dan kebijaksanaan menipu,”katanya lagi.

Walau bagaimanapun, dakwaan Mahfuz itu dibidas oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sepatutnya beliau (Mahfuz) perlu sokong parti sendiri sebab dia masih ahli PAS. Dia tidak boleh dilihat menyebelahi pesaing-pesaing PAS,” bidas Tuan Ibrahim.

Ahli PAS Mula Pertikai Perilaku Mahfuz Omar

Advertisements

One thought on “Jika Benar Mahfuz & Syed Azman Bersama Mat Sabu, Lebih Baik Masuk PAN – Aktivis PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s