‘Kini Saya Jadi Mangsa Serangan Penyokong PAS’ – Rafizi Ramli

raf1 AIDCNews – 11/6/16 – Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata jika dahulu beliau menjadi mangsa serangan penyokong UMNO, kini serangan itu telah diambil alih oleh penyokong PAS.

Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata penyokong PAS berterusan menyerangnya walaupun beliau membuat pelbagai pendedahan berkaitan dengan rasuah.

“Kebelakangan ini yang paling kuat serang saya di Facebook ini bukan lagi penyokong UMNO tetapi penyokong PAS. Seolah-olah kerja menyerang itu telah di sub-contract kepada PAS.

“Malah bila saya dedahkan pembaziran nyata melibatkan penggunaan jet peribadi yang menggunakan wang rakyat oleh DS Rosmah Mansor, saya tetap diserang oleh penyokong PAS. Ada pemimpin mereka yang mempersendakan kerja-kerja mendedahkan rasuah dalam melawan rasuah. Ada yang menulis kepada saya menuduh saya sesat dan meminta kembali kepada Islam,”katanya dalam Facebook hari ini.

Walau bagaimana pun, Rafizi mendakwa beliau tidak terkesan dengan serangan penyokong PAS berkenaan.

Malah, Rafizi menyalahkan sistem ‘tarbiyah’ PAS yang disifatkannya telah gagal melahirkan penyokong yang berakhlak mulia.

“Saya tidaklah terkesan dengan serangan begini. Setakat ini jika dilihat di laman Facebook saya ini, jumlah yang menolak politik label melabel ala PAS ini dan menyokong usaha kami meletakkan keutamaan kepada isu-isu rakyat adalah lebih tinggi. Saya anggarkan 20% yang secara tegar membuat komen (dan pengikut yang “LIKE”) adalah tegar PAS. Yang lain-lain menumpukan kepada isu-isu rakyat yang saya bawa.

“Malangnya sikap dan pendekatan begini membawa nama buruk kepada “tarbiah PAS” yang selalu disebut-sebut. Saya sertakan satu contoh di bawah. Saya juga telah semak profail beliau dan saya percaya ia bukan dibuat-buat oleh musuh PAS untuk merosakkan nama baik PAS.

rafizi2

“Saya sepatutnya gembira kerana dengan cara begini, penyokong PAS sendiri yang menyebabkan rakyat atas pagar makin jauh dari PAS. Tetapi saya sedih kerana PAS ini membawa nama Islam dan jika akhlaknya itu tidak melambangkan akhlak Islam, ia tidak berlaku adil kepada label “Islam” yang cuba dipamerkan.

“Semoga kita sentiasa berada di dalam limpah hidayah Allah SWT,”katanya lagi.

rafizi

PAS Tidak Boleh Dipercayai Sebab Itu PH Letak Calon 2 PRK – Rafizi

Rafizi Sedang Bergelut Untuk Kekal Relevan – Dr Zuhdi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s