PAS Hanya Mahu Atasi PAN Di PRK Kuala Kangsar

SHAH ALAM – Pas didakwa tidak mahu menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sebaliknya hanya mahu mendapat undi lebih besar daripada Parti Amanah Negara (Amanah), dakwa Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, kenyataannya itu dibuktikan menerusi jumlah undi yang disasarkan Pas di PRK Kuala Kangsar di mana ia lebih kecil daripada jumlah undi sebenar.

Suhaizan dalam kenyataan yang sama turut mendakwa Pas mahu memberi kemenangan Kuala Kangsar kepada BN.

“Jumlah undi sasaran Pas di PRK Kuala Kangsar adalah 8,713 sahaja sedangkan undi yang diperolehinya dalam Pilihan Raya Umu 13 adalah 13,136.

“Maklumat ini diperolehi daripada Laporan Persiapan Dan Gerakerja Pas PRK P067 Kuala Kangsar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini – SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s