PAS Terus Jadi Sasaran Dalam Kempen PAN

AIDCNews – 11/6/16 – PAS terus menjadi ‘punching bag’ atau sasaran bagi Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar apabila pemimpin parti itu secara berterusan mendakwa PAS tidak boleh menang dalam pilihan raya.

Dalam satu ceramah bagi kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar di sini malam tadi, Pengarah Komunikasi PAN Khalid Abdul Samad berkata PAS bercakap untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) hanya dengan semangat, tetapi tanpa ilmu.

Katanya, atas sebab itulah beliau serta pimpinan yang lain keluar daripada PAS dan menubuhkan PAN kerana merasakan PAS tidak mampu untuk menang secara berseorangan.

“Lalu kita tubuh Amanah, berpakat dengan DAP dan PKR dan tubuhkan Pakatan Harapan,” katanya kepada kurang 100 orang yang hadir.

Beliau turut mengakui bahawa PAN pada awal lagi berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar selepas kekosongannya.

Anggota Parlimen Shah Alam itu berkata Pakatan Harapan khususnya PKR kemudian mengadakan rundingan dengan PAS untuk menentukan calon di situ bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang calon BN.

“Lepas itu kita tunggu, kita beri tempoh sampaikan sudah dekat dengan hari penamaan calon, nampaknya PAS tidak mahu berunding dan PKR mahu berunding lagi, tapi kita kata cukup,” kata Khalid.

Dalam pada itu, Presiden PAN Mohamad Sabu sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa sepanjang 38 tahun dalam PAS dan berkempen untuk parti itu, ia tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya sehinggalah menyertai Barisan Alternatif pada pilihan raya 2008 dan Pakatan Rakyat selepas itu.

Katanya, kini PAS yang kembali berseorangan selepas Pakatan Rakyat terbubar dan tidak menyertai Pakatan Harapan dilihat tidak akan mampu untuk menang dalam pilihan raya.

Setiausaha Agung PAN Anuar Tahir pula mendakwa PAS tidak bercita-cita untuk menang dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Perak pada 18 Jun ini, sebaliknya hanya mahu meningkatkan jumlah undi yang diperolehi berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, PAS juga bertanding pada kedua-dua PRK itu hanya untuk memberi laluan kepada calon BN menang dengan memastikan calon Amanah mendapat undi yang kurang.

Namun, di PRK Kuala Kangsar, Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi mendakwa PAN tidak menyerang PAS dalam PRK itu sebaliknya parti Islam itu yang menyerang partinya.

“Kami tidak menyerang parti pembangkang lain. Misi kami (PAN) adalah nak menggantikan BN. Dalam konteks PRK ini, kita nak mengalahkan bekas arwah calon BN untuk membolehkan Pakatan Harapan melalui Amanah menghantar wakil ke parlimen nanti.

“Serangan-serangan (PAS) ini seolah-olahnya ..apa hal dia (PAS) balun kami rapat-rapat macam ni,”katanya.

Advertisements

One thought on “PAS Terus Jadi Sasaran Dalam Kempen PAN

  1. PAN cuma ditubuhkan utk menang pilihanraya dengan menjual dirinya kepada DAP dan sanggup menggadaikan perjuangan menegakkan hukum Islam yang menjadi asas kepada perjuangan PAS.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s