Pengerusi Sebuah NGO Pencegahan Jenayah Disyaki Bersekedudukan

ngoAIDCNews – 11/6/16 – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan menyerbu sebuah hotel selepas menerima maklumat mengenai pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pencegahan jenayah disyaki bersekedudukan dengan pasangannya yang juga seorang pegawai polis beragama Islam.

Insiden berkenaan berlaku di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, awal pagi semalam.

Menurut maklumat yang disampaikan kepada pihak kami, pengerusi NGO berkenaan ialah Sri Sanjeevan Ramakrishnan, Pengerusi MyWatch.

Star Online awal hari ini melaporkan Sanjeevan yang juga bekas ahli PKR dan anggota polis wanita berpangkat inspektor dari Jempol itu ditemui dalam dua bilik bersambung di hotel di Seremban oleh pasukan penguat kuasa.

Bagaimanapun mereka tidak ditahan. Sanjeevan dilaporkan berada dalam bilik 1002 sementara inspektor yang tidak dinamakan itu di bilik 1003 ketika pegawai penguat kuasa mengetuk pintu bilik hotel pada jam 1.30 pagi Jumaat.

Selepas 10 minit, inspektor berkenaan membuka pintu bilik 1002.

Beliau berpakaian lengkap dan bertudung. Pakaian dalam kelihatan di kerusi, menurut Star Online memetik laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

Sanjeevan berada di bilik bersebelahan, berpakaian lengkap dan bersendirian.

Star Online memetik Ketua Polis Daerah Muhammad Zaki sebagai mengesahkan laporan Bukit Aman itu dan melaporkan inspektor wanita terbabit dipindahkan, tetapi pemindahan itu tidak ada kaitan dengan kes berkenaan.

One thought on “Pengerusi Sebuah NGO Pencegahan Jenayah Disyaki Bersekedudukan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s