Baju PAN Tetapi Orang DAP

SHAH ALAM – Tindakan pemimpin DAP yang menyarungkan baju Parti Amanah Negara (Amanah) ketika berkempen didakwa bertujuan untuk mendatangkan perpecahan antara parti Melayu.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, orang Melayu sepatutnya sudah ‘masak’ dengan agenda DAP yang dikatakan bersifat menghasut supaya Melayu terus berpecah dan lemah.

“Bulan Ramadan sepatutnya bulan yang paling susah umat Islam kena tipu daya oleh syaitan. Perhatikan yang pakai baju Amanah dan melampau-lampau dalam kempen Amanah, bersifat menghasut dan fitnah adalah pemimpin-pemimpin DAP.

“Ronnie Liu (Adun DAP) dengan berbaju Amanah sampai perang mulut tak mahu turunkan billboard (papan iklan) fitnah Amanah. Masa terawih, mereka ceramah hingga menaikkan kemarahan penduduk. Yang berceramah, pemimpin DAP, pentas Amanah,” katanya menerusi kenyataan.

Baru-baru ini kecoh di ceramah Amanah di PRK Kuala Kangsar apabila seorang pemuda berang ceramah dibuat semasa ibadah Terawih sedang berjalan.

Pemuda tersebut mengarahkan ceramah dihentikan serta-merta dan hanya disambung kembali setelah solat Terawih selesai – SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s