Menteri Kerja Raya Tuntut Dokumen Rasmi Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang

menteri kerja rayaSaya merujuk kepada surat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 26 Mei 2016, memohon kelulusan bagi jambatan ketiga menghubung Pulau Pinang ke tanah besar, lanjutan daripada pelbagai persoalan ditimbulkan daripada cadangan projek terowong bawah laut.

Bagaimanapun, kami amat menghargai untuk masa akan datang, permohonan seumpama itu dihantar terus ke Kementerian Kerja Raya.

Kami juga amat menghargai jika permohonan seumpama itu bebas daripada retorik politik.

Contohnya, terma seperti ‘anasir-anasir jahat’ langsung tidak membantu dan secara amnya tidak pernah ditemui dalam mana-mana surat permohonan untuk pembinaan infrastruktur yang besar.

Kementerian Kerja Raya komited dalam membuat kajian secara seimbang bagi permohonan jambatan ketiga dan kami meminta kerjasama daripada Kerajaan Pulau Pinang untuk mengemukakan kesemua dokumentasi berkaitan, bagi membolehkan kami membuat satu keputusan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Salah satu dokumen diperlukan ialah kertas kerja kebolehlaksanaan yang hampir disiapkan bernilai RM305 juta berserta kajian rekabentuk terperinci yang sudah dibayar Kerajaan Pulau Pinang bagi projek terowong bawah laut dan rangkaian jalan yang menghubunginya.

Kerajaan Pulau Pinang baru-baru ini menyatakan kajian kebolehlaksanaan ini sudah siap atau hampir siap, maka kajian pada magnitud sebegitu boleh digunakan jika terowong ditukar kepada pembinaan jambatan.

Dengan mengemukakan dokumen terbabit akan dapat membantu kami dalam membuat keputusan terhadap permohonan yang dihantar.

Kami juga mengalukan apa jua dokumen berkaitan dengan projek dicadangkan. Perlu difahami, adalah bertentangan dengan amalan biasa Kerajaan Persekutuan untuk meluluskan projek bernilai berbilion Ringgit tanpa sehelai pun dokumentasi berkaitan bagi menyokong permohonan.

Kaedah ini digunapakai bagi permohonan, biarpun jika ia dibayar melalui sumber lain seperti pembiayaan swasta atau oleh kerajaan negeri itu sendiri.

Saya yakin permohonan kebenaran merancang kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang memerlukan dokumen sokongan dan kelulusan secara prinsipnya tidak diberikan hanya bersandarkan kepada sekeping surat tanpa dokumen sokongan.

Mewujudkan jajaran ketiga akan mengubah secara dinamik aliran trafik di kedua-dua sistem lalulintas Persekutuan dan negeri. Sehubungan itu, aliran huraian trafik perlu dikaji secara terperinci dan dikemukakan sebagai sebahagian daripada proses permohonan.

Kami tidak mahu memburukkan lagi masalah trafik yang sememangnya sudah sesak di Pulau Pinang.

Selain itu, kajian perlu dibuat bagi mengenalpasti sebarang impak terhadap operasi perkapalan dan penerbangan hasil daripada pembinaan jambatan ketiga ini berdasarkan cadangan jajaran.

Kementerian Kerja Raya sentiasa mengalukan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pulau Pinang dalam memastikan kebolehlaksanaan dan permohonan pembinaan jambatan ketiga ini dilakukan secara profesional.

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kerja Raya

One thought on “Menteri Kerja Raya Tuntut Dokumen Rasmi Projek Jambatan Ketiga Pulau Pinang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s