ADUN DAP Lebih Berkerja Keras Daripada Calon PAN Di Sungai Besar

AIDCNews – 13/6/16 – ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lim lebih bekerja keras daripada calon PAN, Azhar Abdul Syukur dan beliau (Ng) tidak mendapat rehat yang mencukupi kerana beliau kelihatan seolah-olah menerajui kempen calon PAN itu, lapor wartawan Malaysiakini, Alyaa Alhadjri yang meninjau PRK Sungai Besar.

“Ng memang dikenali ramai di kawasan ini dengan mukanya dimuatkan di papan iklan di seluruh banda.

“Adalah satu pemandangan biasa untuk melihat Ng berjalan di sekitar bandar, kadang-kadang secara bersendirian dengan memakai baju T jingga AMANAH.

“Beliau terpaksa melakukan ini kerana meskipun Azhar dilahirkan di Sungai Besar tetapi hanya baru-baru ini sahaja beliau kembali selepas menetap di Temerloh.

“AMANAH juga yang tidak dikenali di kawasan itu. Pemimpin DAP, Teresa Kok semasa ceramah Sabtu lalu secara berseloroh mengingatkan pengundi Cina tempatan supaya mengundi ‘bak chang’ – merujuk kepada logo segitiga AMANAH,”lapornya dalam rencana bertajuk “BN dahului di Sungai Besar, jurang makin meluas

Sebelum ini, Ng mempertahankan kenyataannya yang mahu minum arak sama ada Carlsberg, Tiger dan Guinness Stout sebagai meraikan kemenangan Azhar di parlimen itu.

Ng turut membidas Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang disifatkan cuba menghalang hak bukan Islam untuk melakukan apa yang dikehendakinya.

“Saya ingin nyatakan orang-orang yang maksum seperti Tantawi..hormatkan hak saya sebagai bukan Islam (untuk minum arak).

“Kalau Ng Suee Lim nak minum sampai perut pecah pun, jangan kamu ganggu sebab (Allahyarham) Nik Aziz pernah berkata kamu tidak boleh melarang orang-orang bukan Islam minum arak,” ujar Ng.

Tambah Ng, kenyataan Nasrudin itu berbaur kepura-puraan kerana parti Islam itu telah memberi jaminan kepada orang bukan Islam bahawa undang-undang syariah tidak ada kena-mengena dengan mereka.

Rai Arak Jika PAN Dapat Lebih Banyak Undi Berbanding PAS Kenyataan Angkuh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s