Ahli PAS Seumur Hidup, Abby Abadi Bantu Kempen Calon PAN

dari kiri; Abby Abadi, Hj Nahar (IKRAM), YB Dr Mujahid, YB Dr Azhar (PKR) dan Dr Mohd Hatta Ramli dalam majlis Iftar di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar
dari kiri; Abby Abadi, Hj Nahar (IKRAM), YB Dr Mujahid, YB Dr Azhar (PKR) dan Dr Mohd Hatta Ramli dalam majlis Iftar di Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar
AIDCNews – 13/6/16 – Ahli PAS seumur hidup, Abby Abadi kini berkempen untuk calon PAN, lapor portal Malaysia Dateline.

“Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon PAS juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini,”lapor portal pro PAN itu.

Abby Abadi mendaftar sebagai ahli seumur hidup PAS pada tahun 2012 kini dilaporkan mulai condong kepada PAN.

Bekas penyanyi dan pelakon itu yang mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Muhammad Faizal Zakaria wartawan portal rasmi PAS, Harakahdaily dilaporkan telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran PAN petang semalam.

Abby Abadi juga turut didakwa turut berkempen untuk calon PAN Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli melalui satu rakaman video.

“Rakaman video berdurasi 18 saat yang sedang viral di media sosial menyaksikan artis yang sinonim dengan Pas, Abby Abadi berkempen bagi calon Amanah.

“Bertudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Abby dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera Amanah.

“Apa yang rakyat perlukan… dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela…,” ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.

“Beliau dipercayai merujuk kepada calon Amanah bagi Parlimen Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu,lapor portal itu lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s