DAP Akui Pengundi Keliru Dengan PAN

lge-panSUNGAI BESAR- DAP mengakui berdepan cabaran untuk melobi undi bagi Parti Amanah Negara (Amanah) kerana masih terdapat pengundi Cina di Sekinchan yang keliru dengan parti itu yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata segelintir masyarakat Tionghua di kawasan itu ketika ditemui memaklumkan mereka keliru dengan simbol Amanah kerana lazimnya melihat DAP dengan lambang ‘roket’.

“Kita datang merayu undi dengan penduduk tempatan. Respons adalah sangat menggalakkan tapi ada sedikit kekeliruan tentang simbol. Ini kerana mereka (penyokong Cina) kenal ‘roket’ tapi roket tidak bertanding.

“Kita kena perkenalkan (simbol) Amanah di mana YB Ng Suee Lim telah samakan simbol ‘adidas’ ataupun ‘tiga segi’ (bagi menyokong DAP),” katanya kepada pemberita selepas tinjauan mesra di perkampungan nelayan Bagan Sekinchan di sini, lewat petang tadi.

PRK kali ini merupakan penyertaan pertama kali Amanah yang meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya di Semenanjung sejak ditubuhkan pada 16 September 2015.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan pendekatan berbaik-baik antara PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mampu mengugat pakatan pembangkang.

Pengundian serentak bagi PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ditetapkan pada 18 Jun ini, manakala pengundian awal pada 14 Jun – BERNAMA

One thought on “DAP Akui Pengundi Keliru Dengan PAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s