“Kami Disokong MB Selangor”, Kata PAN Kepada PAS

AIDCNews – 13/6/16 –Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa partinya disokong oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid AbdulSamad berkata, parti mereka mendapat sokongan majoriti Pakatan Harapan yang mempunyai 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berbanding PAS yang mempunyai 13 Adun.

“Pakatan Harapan ada 29 Adun dalam kerajaan negeri. Kalau 29 banding dengan 13, jelaslah 29 lagi besar.

“Kita disokong oleh menteri besar, oleh exco-exco PKR dan DAP yang jauh melebihi jumlah exco yang ada dalam PAS,” katanya kepada pemberita di pejabat PAN Sungai Besar pada Isnin.

Khalid berkata begitu sebagai membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang berkata PAN tidak layak untuk menabur janji kepada pengundi di Sungai Besar kerana mereka tidak mempunyai wakil dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Iskandar turut mempersoalkan kempen yang dijalankan PAN, seolah-olah parti itu berada dalam pentadbiran terdahulu dan pentadbiran semasa kerajaan Selangor.

Tambah Iskandar, PAN hanya ditubuh pada tahun lepas dan anggota mereka hanya terlibat dalam Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan bukannya dilantik dalam exco kerajaan negeri.

azmin-azhar

Advertisements

One thought on ““Kami Disokong MB Selangor”, Kata PAN Kepada PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s