PKR Sudah Terima Hukuman Terhadap Anwar Ibrahim

SUNGAI BESAR: Pemimpin PKR yang suatu ketika menentang Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya sudah menerima hakikat sebenar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia jelas apabila terdapat pemimpin PKR yang kini sudah bersama dan boleh menerima kehadiran Mahathir.

“Kalau PKR menerima Mahathir, ertinya mereka telah menerima segala tuduhan dan tohmahan atau hukuman terhadap pemimpin besar mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hal ini kerana, segala masalah politik yang berlaku dalam negara berpunca daripada persengketaan pada tahun 1998.

“Sehingga terpecatnya Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu kerana Mahathir telah menuduh Anwar begitu dan begini,” katanya dalam sidang media di Pusat Media, hari ini.

Ujarnya, Anwar juga sebenarnya layak untuk dipenjarakan kerana penyokong dan pemimpin PKR sendiri telah mengangkat segala perbuatan Mahathir pada hari ini.

“Hari ini tindakan mereka boleh bersama dengan Mahathir menunjukkan apa yang dikatakan dan dilakukan Mahathir adalah benar.

“Layaklah Anwar ini duduk di dalam penjara kerana orang PKR sendiri telah mengangkat Mahathir bahawa perkara itu benar,” jelas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebelum ini, penyokong Anwar mendakwa Mahathir mencipta konspirasi politik terhadap pemimpin tertinggi PKR sehingga terbentuknya parti PKR yang asasnya bertujuan untuk menolak Mahathir.

Tambah Shabery lagi, Mahathir juga dilihat mengakui segala tohmahan yang dilakukan oleh Mohamad Sabu termasuk menyatakan beliau mahazalim dan penyeleweng wang Bank Negara Malaysia.

“Paling banyak maki hamun Mahathir termasuk Presiden PAN. Tiba-tiba hari ini Tun M lihat datang untuk bersama.

“Di sini seolah-olah Mahathir mengakui apa yang disebutkan oleh pemimpin PAN terhadap beliau pada zaman dulu,”katanya – FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s