Tak Undi Saya, Jawablah Depan Allah – Ahmad Termizi

KUALA KANGSAR – Sama ada terdesak atau mungkin tidak sengaja terlepas cakap, calon Parti Amanah Negara (PAN), Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli nampaknya sudah mula belajar mencetuskan kontroversi sensasi.

Ini dapat disaksikan ketika beliau menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Taman Seri Manong di sini lewat Rabu yang dihadiri hanya 30 orang termasuk petugas media.

Barang kali teruja dengan sambutan penduduk yang cukup luar biasa, Ahmad Termizi memberi amaran kepada pengundi di situ agar tekad memilih beliau pada hari pengundian 18 Jun depan dan bukan tiga lagi calon lain.

Sambil menyifatkan beliau sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang dan berikhtiar, Ahmad Termizi pada mulanya bercakap ‘lapik’ apabila berkata jika kalah ia dianggap sebagai menerima ketentuan qada dan qadar.

Namun kemudian mendakwa bahawa sesiapa yang tidak mengundi beliau, bersiap sedialah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana memilih parti yang kononnya sering berlaku zalim ke atas rakyat.

“Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti. Kenapa abah, atuk tidak berbuat sesuatu semasa diberi peluang untuk membuat perubahan,” tegas Ahmad Termizi seolah-olah mahu memberi tazkirah agama pula.

Ceramah kemuncak beliau yang juga merupakan penceramah terakhir bermula pukul 11.05 malam dan berakhir kira-kira 11.11 malam itu nyata gagal mendapat sambutan penduduk kawasan perumahan majoriti Melayu tersebut.

Ini menimbulkan persoalan kerana Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar itu mendakwa ramai saudara-mara beliau menetap di sekitar kawasan Manong yang bukan asing lagi bagi dirinya sendiri. – Mynewshub.cc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s