Wan Azizah Tidak Iktiraf PAS Sebagai Pembangkang Di Parlimen

AIDCNews – 13/6/16 – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak mengiktiraf PAS sebagai pembangkang di parlimen apabila hanya hanya berkempen untuk calon PAN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

“Undi Amanah..kita nak undi suara yang boleh menguatkan pembangkang di parlimen. Itu yang pentingnya,”kata Wan Azizah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui turun berkempen bersama calon PAN, Azhar Abdul Shukur di Bazar Ramadan di Pekan Sungai Besar petang ini.

Pada PRK Sungai Besar, Azhar bertembung dalam pertandingan tiga penjuru iaitu calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS Dr Abdul Rani Osman.

ketika ditanya kenapa PKR tidak memilih calon PAS, Nurul Izzah Anwar yang juga merupakan Naib Presiden PKR menjawab prestasi PAN di parlimen sebelum ini melayakkan Azhar dipilih sebagai Ahli Parlimen.

“Kalau berdasarkan ‘track record’, Amanah bersama PKR dan DAP di Parlimen telah bersama-sama menentang Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara serta pelaksanaan GST.

“Saya percaya ini cukup sebagai bukti untuk menghantar Azhar ke Parlimen,” kata Nurul Izzah.

One thought on “Wan Azizah Tidak Iktiraf PAS Sebagai Pembangkang Di Parlimen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s