Azmin Digesa Kota Janji Mahu Bentang Kertas Putih DEIG Dalam Sidang DUN

Mat-Nadzari-bnSHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali digesa mengotakan janji membentangkan kertas putih penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Katanya, pada hujung tahun lalu Azmin mengumumkan akan membentangkan kertas putih mengenai DEIG pada sesi DUN lalu tetapi ia tidak berlaku.

Berikutan itu beliau mahu menteri besar berpegang kepada janjinya untuk membentangkan segala maklumat mengenai operasi DEIG kerana ia penting bagi menjawab segala persoalan yang berbangkit berhubung penubuhan syarikat berkenaan.

Mat Nadzari dalam pada itu meluahkan rasa kesal kerana menurutnya, tindak tanduk Azmin pada masa ini langsung tidak memperlihatkan beliau akan melunaskan kata-katanya.

“Tidak nampak lagi angin dan khabar daripada tindak tanduk Azmin untuk melunaskan kenyataan beliau sebelum ini dalam dewan untuk membentangkan kertas putih dan sebagainya di dalam dewan (Sidang DUN) dan usahanya ke arah itu tidak nampak.

“Jadi segala kebimbangan ini harus dijelaskan oleh Azmin sepenuh-penuhnya dan kita tidak mahu sebarang kehilangan atau ketirisan terhadap duit-duit atau perkara yang bersangkutan dengan kerajaan negeri Selangor,” katanya kepada Antarapos.

Penghujung tahun lalu Azmin memaklumkan bahawa perincian operasi DEIG sudah disiapkan dan akan dibawa ke sidang DUN selepas dibentangkan kepada penasihat undang-undang.

Bagaimanapun ia tidak berlaku pada sidang DUN yang berlangsung Mac lalu.

Penubuhan DEIG yang hanya bermodalkan RM2, dengan dua saham bernilai RM1 dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI dan ketua pegawai operasinya mencetuskan kebimbangan ramai pihak, termasuk DAP.

Ia juga mengambil alih aset-aset milik kerajaan negeri berjumlah RM30 bilion daripada MBI.

Menurut Nadzari lagi, Azmin perlu memberi penjelasan secara terperinci mengenai perkara-perkara berkaitan DEIG kerana perkara ini juga menimbulkan kebimbangan wakil rakyat DAP dan PKR.

“Dia sudah menimbulkan keraguan kepada semua ahli dewan pada ketika itu kebanyakan ahli dewan termasuk juga daripada DAP dan PKR sendiri bahawa penjelasan terperinci mengenai perkara itu bagi menimbang status syarikat (DEIG) ini.

“Bagaimana syarikat (DEIG) ini mampu menguruskan 30 belion aset jadi mesti ada satu bentuk penjelasan penuh mengenai perkara-perkara itu. Saya tidak mahu wang rakyat atau kerajaan disalahguna untuk hal-hal lain,” katanya lagi.

DEIG merupakan sebuah entiti pelaburan baru di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI) dan juga hasil rasionalisasi semula aset dan perubahan strategik perniagaan anak-anak syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor dan berperanan sebagai sebuah Badan Pemegang Hartanah dan amanah Kerajaan Negeri – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s