Azmin Ke Sungai Besar Bantu Calon PAN

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan turun hari ini membantu jentera Amanah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar, menurut kenyataan PKR hari ini.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Akin berkata menteri besar Selangor itu mempunyai jadual padat sepanjang Ramadan mengiringi Sultan Selangor bertemu rakyat.

“Walau bagaimanapun beliau tetap komited dalam mencari ruang serta mengendalikan masa dalam mengimbangi tugas rasmi beliau sebagai seorang pentadbir tertinggi negeri dan juga sebagai pimpinan utama Pakatan Harapan,” kata Shamsul.

Azmin dijangka akan ke Sungai Besar pada hari ini, dan pada hari Jumaat, 17 Jun. Beliau akan ke Kuala Kangsar pada Khamis, 16 Jun.

Sebelum ini, ketiadaan Azmin sepanjang kempen PRK Sungai Besar menjadi tanda tanya banyak pihak.

Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata ketiadaan Azmin seolah-olah mengesahkan menteri besar itu tidak merestui calon parti yang mewakili Pakatan Harapan itu.

Pakatan Harapan diwakili Azhar Abdul Shukur dari Amanah, yang akan menentang calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Semalam PKR berkata Azmin terikat dengan komitmen tugas sebagai menteri besar dan kehadirannya sedang diuruskan.

Iskandar menjangka kehadiran Azmin “akan memperkukuh semangat dan gerak kerja jentera pilihan raya”.

“Justeru, saya tegaskan Keadilan tetap komited untuk memastikan kemenangan kedua-dua calon Pakatan Harapan yang bertanding di Sungai Besar,” katanya – FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s