Dewan Ulama PAS Selangor Nafi Sebaran Whatsapp Tentang Dr Abdul Rani

azmin3AIDCNews – 14/6/16 –Dewan Ulama PAS Selangor menafikan sekeras-kerasnya mengadakan mesyuarat tergempar memutuskan agar calon PAS Dr Abdul Rani Osman menarik diri daripada menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar ekoran kehadiran beliau di Majlis Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang, anjuran PAN hari ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim berkata sebaran fitnah itu telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menerusi aplikasi Whatsapp sejak petang Selasa.

“Dewan Ulama PAS Selangor menolak sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa sebarang usul periksa dan tabayyun.

“Dewan Ulamak PAS Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera PAS bagi memenangi PRK P093 Sungai Besar,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Petang tadi, Dr Rani membuat kejutan apabila hadir di majlis berbuka puasa yang dianjurkan bagi tujuan berkempen untuk calon PAN.

Dr Rani, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Meru berkata kedatangannya di Majlis Iftar itu untuk mempraktikkan amalan ‘politik matang’.

azmin

Beliau disambut dengan sopan serta diberikan tempat di meja utama bersama Azmin untuk berbuka puasa, namun dalam masa sama kehadiran Dr Rani itu disusuli dengan satu mesej Whatsapp yang banyak disebarkan di media sosial pro PAN seperti berikut :

SEGERA

Untuk Sebaran Ahli SAHAJA

Dewan Ulama’ Pas Negeri Selangor sebentar tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar dan mengambil ketetapan seperti berikut:-

1) Menggesa Dr Rani, calon P093 menarik diri dari bertanding mewakili Pas susulan tindakan beliau menghadiri program iftar anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar petang tadi.

2) Mengarahkan seluruh jentera pilihanraya di negeri selangor berhenti dari memberi sokongan kepada Dr Rani serta merta.

3) Mengarahkan semua pengundi Pas di Sungai Besar mengundi calon Barisan Nasional atau memboikot dengan tidak turun mengundi dalam PRK akan datang.

DUPNS amat kecewa dengan tindak tanduk Dr Rani yang memalukan parti sejak bermula kempen PRK kali ini.

Terbukti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DUPNS bahawa Dr Rani adalah harumanis adalah benar!

azmin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s