Hormati Arwah, Nampak Pendiam Tetapi Berkeyakinan Tinggi – Datin Mastura

AIDCNews – 14/6/16 – Datin Mastura Mohd Yazid amat menghormati arwah suaminya, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang disifatkannya seorang yang nampak lembut dan pendiam tetapi berkeyakinan tinggi.

Wawancara Merdeka Online bersama calon Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura :

Merdeka Online : Bagaimana saat pertemuan pertama Datin dengan arwah Datuk Wan ?

Datin Mastura : Saya diperkenalkan kepada arwah oleh adik ipar saya. Beliau juga seorang peguam dan ketika itu ada majlis kawan kami di Kuala Lumpur. Datuk ketika itu datang dengan sekumpulan kawan-kawan daripada negeri Perak. Saya juga begitu.

Selepas pertemuan itu, apa langkah diambil oleh arwah Datuk Wan untuk mendekati Datin lebih dekat ?

Dua..tiga hari selepas itu ada menelefon empat orang kawan-kawan saya, peguam semua, untuk mendapatkan nombor telefon saya. Agaknya mereka berpakat tak nak bagi nombor saya kat Datuk (ketawa). Selepas itu Datuk datang ke pejabat peguam saya untuk bertemu saya.

Apakah reaksi Datin pada ketika itu ?

Ketika itu saya banyak kerja. Saya kata macam ni lah, kalau saya banyak kerja, boleh tak sekejap jumpa bapa saya. Sebab firma guaman saya itu bersama bapa saya, Datuk Yazid Baba. Saya menghormati sekali lagi sebab dia sangat berani untuk berjumpa dengan bapa saya.

Bila saatnya Datin melihat ketelusan hati budi arwah Datuk Wan ?

Selama tiga jam dia duduk dengan bapa saya sambil saya buat kerja saya. Itulah pertama kali saya betul-betul mengenali hati budi Datuk Wan dan sangat berkeyakinan.

Apakah reaksi bapa Datin selepas pertemuan itu ?

Setelah berjumpa bapa saya itu, Datuk Wan mula toleh ke belakang dan bapa saya tunjuk isyarat (tanda bagus), otaknya pandai.

Karektor yang ada pada arwah Datuk Wan, yang membuatkan Datin begitu menghormati beliau ?

Saya menghormati Datuk satu perkara walaupun nampak lembut dan senyap orangnya tetapi dia sangat berkeyakinan kalau nak buat sesuatu.

Dalam tiga perkataan, bagaimana Datin melihat cara kerja arwah Datuk Wan ?

Datuk Wan sangat teliti. Sangat teliti…sehingga kadang-kadang ia menjadi satu plus minus dia lah. Kalau teliti, bagus, memperhalusi segala ciri-ciri atau faktor-faktor yang perlu digunakan dalam sesuatu perkara tetapi kalau terlalu teliti juga dia akan melambatkan kerja. Tetapi Datuk Wan seorang yang tidak alpa. Biar lambat kerjanya tetapi dia tidak lalai dalam melaksanakan tugasnya untuk rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s