Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Mungkin Batal – Zenith

Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
AIDCNews – 14/6/16 –Projek terowong dasar laut Pulau Pinang berdepan risiko pembatalan susulan arahan penangguhan kajian daya maju oleh kerajaan negeri, kata Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang mahu kajian yang menelan kos RM100 juta itu yang sudah 83 peratus siap, ditangguhkan bagi tempoh masa yang tidak pasti, tanpa memberikan sebarang alasan.

“Kami menerima arahan untuk menghentikan kajian daya maju itu bulan lepas. Tiada alasan diberikan, mereka hanya mahu kami menumpukan kepada membina cadangan tiga jalan raya utama di negeri itu secepat mungkin,” katanya pada sidang media mengenai kemajuan projek tersebut, hari ini.

Zarul Ahmad juga berkata tiada jaminan ganti rugi oleh kerajaan negeri sekiranya projek itu ditangguhkan.

Consortium Zenith dianugerahkan projek itu menerusi proses tender.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dalam kenyataannya hari ini berkata pihaknya masih menunggu semua dokumen berkaitan cadangan jambatan ketiga Pulau Pinang daripada kerajaan negeri itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pihaknya tidak menerima sebarang dokumen setakat hari ini seperti yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Ahad lepas untuk menyerahkan semua dokumen berkaitan.

“Kalau nak kelulusan sesuatu projek, mereka (kerajaan Pulau Pinang) perlu hantar semua dokumen untuk menyokong cadangan projek mereka. Lagi-lagi kalau projek yang menelan kos yang besar, kajian sama ada terdapat impak kepada trafik, alam sekitar dan sosial juga harus dilakukan.

“Lim kata mereka telah menjalankan kajian, jadi serahkan hasil kajian itu kepada kami sebagai dokumen sokongan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Lim yang bersedia mengemukakan semua dokumen dan menjalankan semua kerja teknikal dan spesifikasi yang diperlukan oleh kementerian berkaitan cadangan projek itu.

2 thoughts on “Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Mungkin Batal – Zenith

  1. Sejak berkuasa, mereka sibuk menjaja CAT, kini ke manakah slogan keramat itu pergi bila arus dan badai melanda “kehebatan” memerintah yang sering dilaungkan dengan memeperkecilkan keupayaan lawan ?
    Begitulah bila keangkuhan dan ketaksuban menguasai diri, semua yang orang lain buat tidak betul melainkan apa yang dia buat saja yang wajib disanjung dan diakui. Cakap tak serupa bikin !!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s