Ayah Calon PAN Minta Wan Azizah ‘Potong Kepala PAS’

AIDCNews – 15/6/16 – Ayah calon PAN, Datuk Abdul Shukur Siraj meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ‘memotong kepala PAS’.

“Saya suka dia (Azhar) bertanding, (dia boleh) potong kepala PAS,” kata Shukur ketika berbual dengan Wan Azizah yang juga Presiden PKR.

Ayah calon PAN berusia 81 tahun itu berkata demikian ketika Wan Azizah datang melawatnya yang terlantar sakit di katil di rumah kediamannya.

Wan Azizah hadir melawat Shukur sambil ditemani anaknya, Azhar yang juga calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Dalam perbualan lanjut dengan Wan Azizah, Shukur berkata PAS tidak memahami bahawa mereka tidak boleh berjaya tanpa sokongan DAP atau PKR.

“PAS ini, dia harapkan DAP dengan PKR (sahaja). Kalau DAP dan PKR tak sokong dia, dia habis (tetapi) dia tak faham,” katanya.

Shukur turut mengucapkan terima kasih kepada Wan Azizah kerana menyokong anaknya dalam kempen itu.

Advertisements

One thought on “Ayah Calon PAN Minta Wan Azizah ‘Potong Kepala PAS’

  1. Dah unzur tapi dia lupa Pas mengharapkan pertolongan Allah lebih dari segalanya.Pertolongan Allah lebih diharapkan dan pasti datang ,walau pun bukan dgn kemenangan dalam iliharaya,tapi kemenangan dalam perjuangan memperjuangkan Islam.Lagi satu yg dia tak tahu ,ialah sebenarnya PKR yg sangat mengharapkan pertolongan Pas,dan selama ini apa yg PKR capai sekarang adalah hasil pertolongan PAS.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s