Kit Siang Pelawa Calon PAS Sertai Pakatan Harapan

AIDCNews – 15/6/16 – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menasihati calon PAS, Dr Abdul Rani Osman menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar selaras dengan cadangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohaed Azmin Ali yang meminta beliau menghentikan kezaliman di Putrajaya.

Kit Siang berkata, Dr Rani perlu menarik diri memandangkan PAS tiada harapan untuk menang dalam pertembungan tiga penjuru bagi menentang calon PAN, Azhar Ab Shukur dan calon BN, Budiman Zohdi.

“Dr Rani adalah seorang yang baik tapi parti dia (PAS) tak begitu baik.

“Saya percaya kalau dia (Dr Rani) rela untuk sertai Pakatan Harapan, tentu kami akan terima,”katanya ketika Ceramah Umum Pakatan Harapan yang berlangsung di Sungai Besar malam tadi.

Dalam pada itu, Kit Siang memaklumkan bahawa sekiranya UMNO ingin ditewaskan dalam PRK kali ini, PAS perlu menarik diri bagi memberi laluan kepada pertembungan satu lawan satu.

Tambah beliau, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali turut menyatakan sokongan kepada calon PAN dan berharap agar Dr Rani dapat melakukan tindakan sepatutnya bagi menghentikan kezaliman di Putrajaya.

“Kalau dia (Dr Rani) ingin sertai Amanah, PKR atau DAP, kami amat berbesar hati untuk menerima dan dia perlu menarik diri dari PRK kali ini,”katanya.

Senada dengan Kit Siang, Presiden PAN, Mohamad Sabu turut mengsyorkan Dr Rani menarik diri dan memberi laluan kepada pertandingan satu lawan satu antara PAN menentang BN.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau sendiri bersedia untuk menerima Dr Rani menyertai PAN kerana yakin calon PAS pada PRK kawasan Parlimen Sungai Besar itu tidak mendapat sokongan pengundi.

“Kalau dia (Dr Rani) bertanding, memang tak boleh menang. PAS tak boleh menang bersendirian.

“Saya terbuka untuk terima beliau untuk sertai Pakatan Harapan..tak kisahlah dia nak masuk Amanah ke, PKR ke, atau DAP pun boleh,” katanya.

Ditanya, adakah PAN sanggup menarik diri dan memberi laluan kepada PAS memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi parti itu, Mat Sabu menegaskan Amanah tidak mahu ‘toleh ke belakang’, sebaliknya mereka sedang berjuang untuk mencapai kemenangan.

“Kami nak menang. Amanah mesti menang. Orang UMNO pun nak undi Amanah.

“Tak ada sebab kenapa Amanah perlu tarik diri. Sepatutnya PAS yang kena tarik diri, sebab mereka kurang sokongan,” katanya.

Malah, Mat Sabu berkata, hasil tinjauan yang dijalankan badan-badan bebas terhadap pengundi di PRK Parlimen itu membuktikan bahawa PAN sedang mendahului BN, manakala PAS pula jauh ketinggalan.

Semalam, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mendakwa hasil beberapa tinjauan terhadap pengundi menyaksikan mereka memilih sama ada BN atau Parti Amanah Negara bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, 18 Jun ini.

Beliau berkata, persaingan sengit sedang berlaku antara BN dan PAN, manakala PAS jauh di belakang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s