Rafizi Lari ‘Kecut Perut’ Jumpa Pegawai Khas Isteri PM Isu Jet

KUALA KANGSAR – Ketika Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bongkak jaja tohmahan mengenai isu jet dinaiki isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini, Ahli Parlimen Pandan itu rupa-rupanya pengecut.

Lazimnya jika yakin dakwaan isu itu adalah benar, apa salahnya ‘melayan’ kunjungan hormat pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor sanggup datang dari jauh dan menyerahkan segala dokumen berkaitan untuk tindakan susulan.

Lagipun, Rafizi sendiri dengan bangga sering ‘cabar’ Rosmah dan Rizal dalam setiap ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar untuk menjawab semua persoalan berhubung isu jet digunakan ke Turki bulan lalu.

Malangnya apa berlaku adalah sebaliknya apabila Rafizi ‘kecut perut’ terpaksa lari menyelamatkan diri daripada menemui Rizal, bahkan enggan membenarkannya hadir mengikuti sidang akhbar khas Rafizi mengenai isu tersebut.

Ini menyaksikan suasana tingkat bawah di tangga pintu masuk ke pejabat PAN Kawasan Kuala Kangsar di Jalan Daeng Selili ‘tegang’ apabila Rizal dihalang keras petugas parti tersebut daripada menyertai sidang akhbar Rafizi.

Sebelum itu Rafizi yang tiba kira-kira pukul 12.37 tengah hari berjaya melarikan diri mengelak daripada berjumpa langsung Rizal, malah selamba terus naik ke pejabat PAN sebelum aktivis PAN terus menyekat pintu masuk di situ.

Rizal Mansor (kanan) ketika sabar menunggu ketibaan Rafizi Ramli di luar pejabat PAN Kuala Kangsar.
Rizal Mansor (kanan) ketika sabar menunggu ketibaan Rafizi Ramli di luar pejabat PAN Kuala Kangsar.

Rizal yang tiba di Bandar Diraja Perak awal pagi Rabu dari Putrajaya bagi menghadiri sidang akhbar Rafizi konon membuat pendedahan berterusan penyalahgunaan jet rasmi kerajaan oleh Rosmah untuk program rasmi ke Turki.

Beliau memberitahu bahawa kehadirannya sekadar hendak mengambil nota selain lampiran kenyataan akhbar yang sering diedarkan kepada pihak media supaya boleh menyediakan jawapan tuntas berhubung tuduhan liar Rafizi itu.

“Saya hendak dengar sendiri apa yang dia mahu kata kerana sebelum ini semuanya hanya berdasarkan kepada laporan media,” kata Rizal yang dipetik oleh beberapa portal berita tempatan termasuk propembangkang sendiri.

Rizal berharap Rafizi menjemputnya menyertai sidang media itu kemudian. Semalam, Rafizi mengumumkan satu ceramah khas akan diadakan pada Rabu bagi mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai isu jet mewah itu.

Ketika berceramah di Taman Seri Wangi lewat Selasa; lokasi kontroversi apabila diserang penduduk kerana ganggu solat tarawih minggu lalu, Rafizi dengan angkuh juga berkata jentera PKR akan membuat satu replika jet mewah.

Model pesawat tersebut dijangka menjadi daya tarikan utama dalam kempen PRK berkenaan serta bakal diarak mengelilingi seluruh Kuala Kangsar untuk menghasut rakyat agar terus benci BN. – Mynewshub.cc

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s