Aktivis PAN Sungai Besar Sokong Calon BN Bakal Hadapi Risiko Dipecat Parti

AIDCNews – 16/6/16 – Pengerusi Penaja Parti Amanah Negara (PAN) Sungai Besar Yahya Arbi dan timbalannya, Mohd Sapigni Tulus bakal menghadapi risiko dipecat parti kerana menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiuasaha Agung PAN, Anuar Tahir.

‘Saya akan bawa perkara ini kepada majlis tertinggi parti pimpinan nasional untuk menentukan status mereka kerana mereka telah membuat satu perkara yang melanggar disiplin parti iaitu mengumumkan sokongan terhadap lawan.

“Mereka tidak mengumumkan keluar daripada parti, tetapi mereka mengumumkan bahawa mereka tidak mahu lagi menyokong calon parti, calon Pakatan Harapan yakni daripada parti Amanah yang juga menjadi ketua kawasan ini (Sungai Besar), Ustaz Azhar dan kemudian mahu memberi sokongan pula kepada calon BN,”katanya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PAN Sungai Besar, Jamzuri Ardani mengesahkan bahawa Yahya dan Mohd Sapigni adalah pengerusi dan timbalan penaja PAN Sungai Besar.

“Kami mengesahkan bahawa Yahya Arbi dan Mohd Sapigni adalah antara orang yang terlibat menubuhkan kawasan penaja Amanah Sungai Besar di peringkat awal.

“Atas sumbangan mereka sebelum ini, Amanah Selangor mengucapkan terima kasih, semoga ia terus menjadi amal baik yang berterusan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Menurutnya, kedua-dua mereka itu merupakan calon yang ditewaskan oleh Azhar dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa PAN Sungai Besar.

“Dalam Mesyuarat Penubuhan Amanah Sungai Besar yang lepas, kepimpinan baru telah dipilih yang diterajui oleh Ustaz Azhar Ab Shukor sebagai Ketua Amanah Sungai Besar yang baru.

“Beberapa individu yang tidak terpilih kemudiannya memaklumkan mereka telah keluar dari Amanah dan menyertai PKR. Tidak pasti sama ada mereka telah menyerahkan borang permohonan ahli kepada PKR atau tidak.

“Semalam mereka menyatakan sokongan kepada calon BN, tetapi kekal sebagai ahli Amanah. Kita masih tidak jelas apa pendirian sebenar mereka,” ujarnya.

Pada Selasa, Mohd Sapigni dalam sidang media tergempar mereka telah menolak calon PAN Azhar Abdul Shukur kerana dianggap sebagai calon ‘Touch N Go’.

Mohd Sapigni berkata, PAN telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.

“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.

“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya.

“Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa,” katanya.

Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar mahupun calon PAS, Dr Abdul Rani Othman.

“Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya.

Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah.

“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami.

“Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman.

“Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari PAN atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s