Ismail Sabri Tidak Akan Tarik Balik Kenyataan Kit Siang Bapa Rasis

SUNGAI BESAR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan menarik balik kenyataannya mendakwa Penasihat DAP,‎ Lim Kit Siang seorang rasis.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu juga tidak gentar dengan ugutan Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika tidak memohon maaf.

“Dia bebas untuk saman saya jika dia mahu, ini negara demokrasi, saya tetap mengatakan, beliau (Kit Siang) merupakan bapa kepada rasis di negara ini.

“Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah‎ menggelarkan beliau seorang rasis,” katanya kepada pemberita pada majlis Ihya Ramadan bersama pemimpin di Sungai Panjang, di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau menafikan ada menyebut Lim seorang yang anti-Islam dalam ucapannya sebelum ini.

Media hari ini melaporkan Lim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ismail Sabri sekiranya beliau enggan menarik kenyataan berkenaan.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan kepada 15 anak yatim dan 90 ibu tunggal. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s