Saya Hadir Ke Program PAN Atas Jemputan MB Selangor – Dr Rani

AIDCNews – 16/6/16 – Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, YB Dr. Abdul Rani Osman berkata beliau ke Majlis Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru di Sungai Panjang yang dianjurkan PAN atas jemputan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Saya datang majlis berbuka puasa tersebut atas jemputan MB Selangor. Saya tidak pernah iktiraf Parti Amanah Negara. Mereka tidak amanah. Sebaran Whatsapp arahan boikot daripada DUPNS itu adalah palsu,” kata Dr Rani dalam satu program Sembang Santai di Ali Char Kuew Tiaw di Sungai Besar semalam.

Perkara sama turut ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

“Beliau pergi bukan untuk menyokong calon PAN tetapi memenuhi undangan MB (Menteri Besar) Negeri Selangor.

“Perkara biasa dalam suasana pilihanraya. Pilihanraya bukan peperangan persenjataan. Pilihanraya adalah saingan memilih pemimpin,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata kehadiran Dr Rani dalam majlis anjuran PAN itu telah dibincangkan dalam kepimpinan PAS negeri.

“Ini sebahagian daripada budaya dan politik matang. Oleh kerana yang hadir itu menteri besar, saya lihat tak ada masalah dia (Dr Rani) sebagai Adun, bersama-sama meraikan, ini satu politk baharu yang dibawakan oleh PAS.

“Kita dah bincang sebelum itu, memang kita rasa bahawa calon kita patut pergi. Menteri besar hadir semalam pun dia tak pakai baju warna atau logo mana-mana parti, dia pakai baju putih tapi kain hijau,” katanya dalam sidang media pada Rabu.

Iskandar juga kesal apabila timbul pelbagai fitnah dan dakwaan di media sosial ekoran tindakan Dr Rani yang hadir dan duduk semeja berbuka puasa dengan Azmin dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan serta calon PAN Azhar Ab Shukur.

Ini termasuklah penyebaran WhatsApp menyatakan Dewan Ulama PAS mengecam tindakan Dr Rani dan meminta supaya pengundi terutama pengundi PAS tidak lagi menyokong PAS, sebaliknya beralih kepada Barisan Nasional (BN).

“Tak ada tindakan terhadap Dr Rani dan saya melihat apa yang diviralkan di media sosial sejak semalam sebagai tindakan terdesak oleh mereka yang mahu mengeksploitasi isu ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s