Belum Selesai Caj Jeti, Selangor Kenakan Caj Air Akuakultur

“Semalam saya sudah bagi tahu caj jeti yang nelayan kena bayar adalah cara mudah kerajaan negeri Selangor hendak dapat duit. Hari ni, dia (kerajaan Selangor) cadang nak caj air yang diguna untuk semua kegiatan akuakultur.”

Itu kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada majlis ramah mesra bersama Penggerak Industri Akuakultur Negeri Selangor di Sungai Leman, Sungai Besar petang semalam.

Katanya, apa yang dicadangkan itu disifatkan seperti terdesak untuk mencari duit tanpa mengkaji impaknya kepada pengusaha terlibat.

“Saya akan buat surat untuk dibawa ke Menteri Besar Selangor supaya cadangan caj air diperhalusi dan sebaiknya tidak dikenakan caj tersebut. Kecuali caj itu dikenakan untuk memastikan air yang digunakan oleh pengusaha akan di proses dengan peningkatan kualiti air stau pun caj itu dapat membantu meningkatkan hasil akuakultur pengusaha, itu mungkin boleh diterimalah,” katanya.

Jelas Ahmad Shabery lagi, jika caj tersebut hanya menguntungkan kerajaan negeri sahaja, tindakan tersebut adalah sangat tidak adil.–MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s