PAN Perak Mula Melenting Dengan PAS

AIDCNews – 17/6/16 – Ini kali kedua Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi melenting kepada PAS yang menyifatkan parti Islam itu tersalah sasaran apabila menghalakan ‘peluru’ kepada parti serpihan itu dan bukannya kepada Barisan Nasional.

Asmuni yang juga bekas Bendahari PAS pusat kali ini nampak beremosi dengan melemparkan sindiran-sindiran tajam terhadap bekas parti lamanya itu.

“Tak faham mengapa mereka (PAS) perlu serang kami sebab kita tidak berlawan dengan PAS. Yang perintah Malaysia adalah BN. Kenapa tidak ditujukan peluru mereka itu kepada jentera BN.

“Mengapa dalam kita nak mencarikan calon bagi menggantikan wakil BN yang telahpun dijemput oleh Allah swt terlebih dahulu, mereka tidak tujukan senjata kekuatan itu kepada BN, sebaliknya terus menerus kepada kami (PAN),” katanya dalam sidang media semalam yang turut ditemani calon PAN Kuala Kangsar, Dr. Ahmad Termizi Ramli.

Asmuni berkata demikian dengan merujuk sepanjang kempen-kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Pada PRK Kuala Kangsar, selain calon PAN, Dr Ahmad Termizi, terdapat tiga calon lain yang turut menawarkan diri bertanding dalam PRK itu.

Mereka adalah Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas)

“Adakah mereka (PAS) sekarang ini menjadi jurucakap rasmi kepada UMNO, sesuai dengan motto mereka (PAS) itu dahulu, PGU (PAS ganti UMNO), maknanya perangai UMNO yang buruk itu, UMNO tak buat, dia orang (PAS) ambil..” sindir Asmuni lagi.

Beliau turut mengkritik sikap PAS yang mempertikaikan warna rasmi PAN, warna oren.

“Peduli apa, kita (PAN) nak pakai baju oren ke baju kuning,”katanya dengan raut muka bengis.

“Kita pun tak persoal dia (PAS) pakai baju hijau. Kita pun tak persoal dia pakai jubah yang sama ada macam baju tidur ke apa ke..meleret-leret..

“Kita pun tidak persoal nama mereka…ni yang sebut PAN..PAN..PAN..kuali..goreng itu, goreng ini. Ini bukan tahap satu politik matang lah. Yang mereka kata sekarang mereka memperjuangkan politik matang. Ini politik kebudak-budakan..bukan politik matang,” katanya yang nampak seperti tertekan dan melepaskan geram.

Asmuni berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa PAN merupakan sebuah parti nanar.

“Orang PAS kena kekal undi PAS. Jangan tukar dengan oren. Parti oren ini bagi saya parti nanar. Orang Kelantan kata nanar ini bengong. Politik dia politik nanar,” katanya ketika berucap dalam ceramah di Dataran Menora, Sayong, Kuala Kangsar baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s