PRK Kuala Kangsar : PAS Pertikai Metodologi DAP Dakwa PAN Hanya Tertinggal 2% Di Belakang BN,

AIDCNews – 17/6/16 – Naib Pengerusi PAS, Ustaz Idris Ahmad mempertikaikan metodologi yang digunakan DAP ketika mendakwa calon PAN hanya ketinggalan 2 peratus di belakang calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Apa indikator yang dia (DAP) letakkan 2 peratus itu ?

“Kita (PAS) hitung dari rumah ke rumah. Kita tak bercakap saja-saja (tanpa fakta). Kita hitung dari rumah ke rumah.

“Kita boleh hitung dari rumah ke rumah ini, hampir dekat dengan 90 peratus,”katanya.

Ketika ditanya berkenaan sokongan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap calon PAN, Dr. Ahmad Termizi Ramli pada PRK Kuala Kangsar, Idris menjawab sokongan Timbalan Presiden PKR itu kurang memberi kesan terhadap calon PAS.

“Saya rasa, tidak sangat lah berkenaan dengan itu, orang pun nampak kan. Dari aspek sokongan (Azmin terhadap calon PAN) kita tidak berapa nampak sangat.

“Kerana kita lihat, PKR ni pun segmen dia pun pengundi Melayu juga. Pengundi Melayu setakat hari ini, awak (wartawan) pun tidak boleh nafikan..pengundi Melayu hari ini yang menjadi rebutannya (hanya) di antara UMNO dengan PAS.

“Awak boleh tengok sendiri, saya bukan bercakap sahaja,”katanya.

Semalam, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramah mendakwa kedudukan calon PAN, Dr Ahmad Termizi kini berada hanya dua peratus di belakang BN.

Beliau membuat dakwaan itu berdasarkan laporan ‘perisikan’ yang disampaikan kepadanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s