‘Serangan Pembangkang Kuatkan Najib’

BANGI: Serangan pembangkang termasuk dari Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak hanya menguatkan kedudukan perdana menteri itu, kata pengerusi Majlis Profesor Negara.

Prof Shamsul Amri Baharuddin berkata taktik salah pembangkang turut memainkan peranan memberi suntikan baharu kepada Barisan Nasional (BN).

“BN bukan kuat. Tetapi langkah salah pembangkang memulihkannya semula.

“Ia bakal menang dengan majoriti lebih besar pada pilihan raya umum akan datang.

“Mereka (pembangkang) cuba memberi tekanan terhadap Najib dengan mencemar namanya di luar negara. Mereka cuba menyerang Najib dan 1MDB menerusi Wall Street Journal.

“Menyerang Najib dari luar negara merupakan tindakan salah. Sesebuah kerajaan tidak dapat dijatuhkan menggunakan saluran luar negara,” kata Shamsul, yang merupakan pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katanya, kesan daripada serangan ini, Umno dan parti komponen BN seperti MCA dan MIC menggandakan sokongan mereka kepada Najib.

“Sokongan kuat juga dilihat dari (Tan Sri) Adenan Satem,” tambah Shamsul, merujuk ketua menteri Sarawak.

Shamsul turut menganggap Deklarasi Rakyat yang dianjurkan Dr Mahathir sebagai langkah silap.

“Seseorang hanya perlu tampil mengaku dia menandatangani dokumen itu bagi pihak sepupunya, maka seluruh kempen tandatangan itu boleh dipersoalkan.”

Dr Mahathir kebelakangan ini berganding bahu dengan pembangkang menyerang Najib, khususnya berkenaan hutang ditanggung syarikat milik negara 1MDB dan wang “derma” RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun bank Najib.

Menurut Shamsul, ramai ahli politik tidak bersetuju tindakan pembangkang mendapatkan sokongan luar negara.

“Kita akan menyaksikan pemulihan semula BN. Ia bukan disebabkan BN kuat. Apa yang berlaku adalah pembangkang mengambil tindakan salah dan mereka juga lemah.”

Beliau berkata Dr Mahathir seorang yang bijak yang mempunyai strategi politik yang betul ketika memegang tampuk pemerintahan dari 1981 hingga 2003.

“Mengapa beliau meletak jawatan pada 2003, bukan 2004? Jawapannya mudah: beliau kehilangan sokongan Umno.

“Sekiranya beliau tidak berundur, BN mungkin tewas pada pilihan raya 2004 dan perlu menanggung kesannya.

“Beliau berundur dan memberi laluan kepada orang yang dirasakan boleh dikawalnya, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi).

“Beliau kemudian memaksa Pak Lah berundur. Kemudian datang Najib. Masalahnya sekarang, Najib tidak cuba mengadu kepada Mahathir. Dan Mahathir merasakan beliau sudah hilang kawalan. Itu yang tidak disukainya.”

Shamsul berkata Dr Mahathir perlu menerima hakikat yang beliau kini umpama ular tidak berbisa.

“Beliau juga melakukan banyak kesilapan,” katanya sambil memberi contoh projek kereta nasional “yang menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit.” – FMT

tun mat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s