Terowong Dasar Laut : Nampak Sangat Zarul-Zenith Hanya Proksi Guan Eng

zarul-lge AIDCNews – 17/6/16 – Penafian berkali-kali Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengerusi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd tersalah cakap ‘disebabkan bulan puasa’ menampakkan beliau hanya proksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan dengan Projek Terowong Dasar Laut.

Pada Selasa, Zarul Ahmad tanpa kehadiaran Guan Eng memberitahu media bahawa Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang mungkin dibatalkan susulan arahan penangguhan kajian daya maju oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Pulau Pinang mahu kajian yang menelan kos RM100 juta itu yang sudah 83 peratus siap, ditangguhkan bagi tempoh masa yang tidak pasti, tanpa memberikan sebarang alasan.

“Kami menerima arahan untuk menghentikan kajian daya maju itu bulan lepas. Tiada alasan diberikan, mereka hanya mahu kami menumpukan kepada membina cadangan tiga jalan raya utama di negeri itu secepat mungkin,” katanya kepada media.

Zarul Ahmad dan syarikatnya, Consortium Zenith dianugerahkan projek itu oleh Kerajaan Pulau Pinang untuk membuat kajian daya maju dan seterusnya mengusahakan Projek Terowong Dasar Laut walaupun belum mendapat kebenaran daripada kerajaan Persekutuan.

Selanjutnya, sila baca “Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Mungkin Batal – Zenith

Namun keesokan harinya, pada Rabu, ketika bersama Guan Eng, Zarul Ahmad menukar kenyataannya mendakwa beliau tersilap cakap disebabkan bulan puasa.

Ketika Zarul Ahmad sedang menjawab kenyataannya itu, beliau berkali-kali ditegur oleh Guan Eng (lihat rakaman di bawah), malah sampai satu peringkat Guan Eng mengambil alih sidang media tersebut.

Guan Eng pula ketika ditanya kenapa jawapan beliau bercanggah dengan Exco Jawatankuasa Kerja Raya Pulau Pinang, Lim Hock Seng, beliau menjawab kata pemutus adalah datang daripadanya dan bukan dari exco yang berada di bawahnya.

“Kalau ada kontradiksi di antara Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri, kita dengar Perdana Menteri lah.

“Jadi, di antara Exco dengan Ketua Menteri, (sudah) tentu (kena) dengar Ketua Menteri lah,”kata Guan Eng sambil berdiri.

Bagi Naib Pengerusi GERAKAN Bahagian Tanjung, H’ng Khoon Leng, jawapan Guan Eng yang berbelit-belit sama ada mahukan Terowong Dasar Laut atau Jambatan Ketiga itu membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang bermain politik dalam isu berkenaan.

“Niat kerajaan negeri sudah tentu bukan untuk sama ada untuk terowong mahupun jambatan kerana sampai hari ini kerajaan negeri tidak pasti apa yang mereka mahu bina.

“Satu hari terowong, lain hari pula jambatan. Jadi kalau mereka tak tahu apa yang mereka nak bina tentu niat untuk jambatan ketiga itu tidak wujud.

“Mungkin, niat utama mereka adalah untuk (pembangunan bangunan) pemajuan mewah, di mana mereka ada tebus guna tanah untuk projek-projek mewah,”katanya.

Projek Terowong Dasar Laut Dibimbangi Hanya Imaginasi Kerajaan DAP Pulau Pinang Sahaja – Prof Jimmy

Advertisements

2 thoughts on “Terowong Dasar Laut : Nampak Sangat Zarul-Zenith Hanya Proksi Guan Eng

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s