BN Menang Besar Di Kuala Kangsar Dan Sungai Besar

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan majoriti lebih besar berbanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013.

Calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang disandang oleh suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi.

Dalam pertandingan empat penjuru, Mastura meraih 12,653 undi, calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Parti Amanah Negara (Amanah), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 54 undi.

Pada PRU13, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar menang kerusi tersebut dengan majoriti 1,082 undi.

Di Sungai Besar, Selangor, calon BN, Budiman Mohd Zohdi, pula menang kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 9,191 undi, sekali gus mengatasi jauh majoriti 399 undi yang diperoleh oleh bekas penyandang dari BN, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

Budiman, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, memperoleh 16,800 undi untuk mengalahkan dua pencabarnya, Dr Abdul Rani Osman (PAS) yang menerima 6,902 undi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang memperoleh 7,609 undi.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kedua-dua kerusi iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar dan Noriah dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Sejak PRU13, sebanyak 12 PRK diadakan iaitu enam bagi kerusi Parlimen dan enam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Empat daripada enam kerusi Parlimen itu dimenangi oleh BN iaitu Teluk Intan, Rompin, Kuala Kangsar dan Sungai Besar, sementara tewas di Permatang Pauh, manakala tidak bertanding di Bukit Gelugor.

Bagi DUN pula, BN telah menang di tiga kerusi iaitu Kuala Besut, Balingian dan Pengkalan Kubor, sementara tewas di Sungai Limau dan Kajang, manakala tidak bertanding di Chempaka – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s