Dr Zuhdi : Dapatan Awal Hasil Keputusan PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar

Berdasarkan kepada keputusan-keputusan yang baru di keluarkan, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menyimpulkan beberapa dapatan awal.

1. Isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan 1MDB, Jet Peribadi Rosmah dan lain-lain, tidak berkesan untuk menarik sokongan mengundi parti-parti pembangkang.

2. Meskipun para pengundi rata-rata mengeluh dengan GST dan kenaikan kos hidup, ia tidak berjaya dimanfaatkan oleh parti pembangkang untuk terjemahkannya ke kertas undi.

3. PAS yang masuk kedua-dua PRK ini sebagai parti tunggal mempunyai kekuatan terasnya sendiri sehingga mendahului PH di Kuala Kangsar dan tertinggal sedikit dari PH di Sungai Besar.

4. Daripada peratusan undi yang PAS terima, menunjukkan kekuatan teras PAS menyumbang lebih 50% kepada sokongan terhadap Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 yang lalu.

5. Semenjak dari PRK Teluk Intan, diikuti dengan PRN Sarawak dan kini 2 PRK di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, pengundi Cina dilihat kembali menyokong BN.

6. Keputusan seperti ini akan memberi ancaman kepada DAP untuk berhadapan dengan PRU ke 14, di mana mereka akan kehilangan banyak di kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi.

7. Selain daripada itu, ia juga menjadi ancaman kepada PKR, sekiranya PAS masuk bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi di Pantai Barat, kemungkinan mereka juga boleh kalah.

8. Keputusan ini juga menunjukkan pengaruh Tun Dr Mahathir tidak lagi signifikan di kalangan pengundi Melayu, malah semakin beliau terlibat dengan PH semakin hilang pengaruh beliau.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah
Pusat Penyelidikan PAS

18 Jun 2016
14 Ramadan 1437

Advertisements

2 thoughts on “Dr Zuhdi : Dapatan Awal Hasil Keputusan PRK Kuala Kangsar & Sungai Besar

  1. Saya cadangkan analisis dibuat berdasarkan peti undi. PAS perlu muhasabah kenapa PAN mendahului mereka di Sg Besar dan masih mendapat undi yang besar di Kuala Kangsar. PAS perlu muhasabah kenapakah ada undi tradisinya berpaling kepada PAN. Ternyata teknik cepat dan pantas PAS yang cuba mencemarkan UMNO berdasarkan isu akhirnya memakan diri mereka sendiri. Pengundi yang berpaling lebih mengutamakan isu duniawi seperti GST, 2.6 bilion dan jet peribadi berbanding dengan perlaksanaan hukum Islam yang sepatutnya mejadi keutamaan mana-mana gerakan yang mengaku memperjuangkan Islam. Inilah kesilapan PAS yang paling besar,apabila lebih mengutamakan undi dari memperjuangkan hukum Islam!

    Like

  2. 1. PRK SB dan KK jmembuktikan bahawa ,bukan mudah utk menukar apa tah lagi utk memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia.Rafizi kenalah menamatkan idea berguraunya,Mahathir pula lebih afdhal memohon maaf atas segala salah urusnya dimasa pemerentahan beliau berbanding dgn cuba menyalahkan penggatinya,Tony Phua kena menurunkan sikap angkuhnya dan cubalah menerima penjelasan Arul Kanda dan berhenti dari terus cuba menggodam 1MDB,Pas pula kena cuba benar-benar memahami fungsi GST dan dasar ekonomi negara yg di formulate oleh BN.Kemudiannya ,mereka semua cubalah mencadangkan kepada rakayat apa pula langkah dan rancang mereka utk menambah baik kehidupan rakyat dan memperbaiki sistem pemerentahan negara,jika benar mereka lebih baik dari apa yg ada.Biar rakyat menilainya ,bukan mereka yg mengada-ngada.

    2.PAN lebih wajar membubarkan parti mereka,sebelum parti tersebut berkubur dgn sendirinya ,kemudian terus menyertai DAP sahaja,kerana PAN tidak mempunyai masa depan.Undi PAN hanya dari kaum Cina,jadi dari mana lah PAN boleh mendapat kemenangan kerusi dalam PRU nanti ,malah kawasan mahu bertanding pun belum tentu dimana letaknya?.Kawasan mejoriti Cina di bolot oleh DAP manakala kawasan 50:50 di control oleh PKR,kawasan Melayu pula hanya PAS atau Umno. yg boleh bertapak.

    3.PAS akan tetap teguh di kawasan tradisinya walaupun PAN mungkin ‘kacau daun’.Utk lebih menjamin kedudukannya dan berpotensi dalam mendaulatkan Islam,PAS kena lebih bersedia utk berkerjasama dgn Umno,tapi kalau hanya mahukan kemenangan politik ,mungkin juga PAS terpaksa menggadai marwah dgn membuat pusingan U bersingkokol kembali dalam kelompok puak liberal,DAP , PKR dan ANC.

    4.Masa depan Umno /BN dan PM Najib nampaknya kelihatan lebih cerah dalam PRU 14 nanti,tambah lagi jika keadaan ekonomi negara dan dunia menjadi pulih dan lebih baik.Namun PM Najib perlu menepati janji piliharaya dan memperbaiki beberapa kelemahan yg ada.Elakan juga dari isu seperti 1MDB berulang lagi dan kalau boleh nasihatkan juga sang isteri agar lebih berhati-hati bila beraksi supaya Rafizi tidak mempunyai modal utk ‘bergurau’.lagi.Jadikan juga PAS sebagai rakan sebangsa dan seugama yg perlu hurmat menghurmati dan bantu membantu antara satu sama lain dalam hal-hal yg bersangkutan dgn ugama dan bangsa.Berusaha lah mengekal kuasa yg kita ada,hanya inilah satu-satunya harapan kita.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s