Sikap Anti-Rasuah Pembangkang Hanya Gimik, Kata Penganalisis

SHAH ALAM: Sikap pembangkang yang sering melaung-laungkan bahawa mereka anti-rasuah, ternyata hanya gimik semata-mata bagi mengaburi mata rakyat, kata penganalisis politik Edwin Michael.

Beliau juga menyifatkan rasuah dalam politik ini sudah menjadi seperti ‘darah daging’ yang sudah sinonim dan tidak boleh dipisahkan, baik dalam kalangan parti pemerintah mahupun pembangkang.

Tetapi katanya, kes dakwaan rasuah yang melibatkan bekas ahli parlimen pembangkang ini akan menjadi permulaan kepada pendedahan kes rasuah yang lain.

“Apabila ahli politik pembangkang cerita pasal rasuah, ia hanya satu gimik sahaja kerana rasuah dan politik ini tak boleh dipisahkan.

“Jadi hari ini terbukti dengan penahanan bekas MP Kapar, politik pembangkang juga sudah tercemar dengan rasuah dan saya rasa kes yang terjadi ini adalah permulaan kepada pembongkaran kes-kes yang lain,” katanya kepada Antarapos.

Ketua Cabang Kuala Selangor S Manickavasagam, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan urusan pembinaan bagi membolehkan syarikat milik kontraktor tertentu mendapat tender baik pulih kemudahan awam bernilai hampir RM1 juta.

Penahanan itu dibuat SPRM selepas melakukan intipan selama empat bulan ke atas bekas ahli parlimen Kapar itu selepas mendapat beberapa laporan membabitkan penyalahgunaan kuasa.

Edwin yang juga pensyarah di Jabatan Kewartawanan, Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) berkata integriti pembangkang kini sedang terjejas dan bertambah buruk sekiranya lebih banyak kes rasuah yang terbongkar.

Katanya, ini bukanlah kes rasuah pertama yang melibatkan pembangkang, baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan dakwaan rasuah yang melibatkan pembelian banglo mewah bernilai RM2.8 juta.

“Saya melihat isu integriti ni, kalau kita tengok pembangkang sebenarnya sudah pun terjejas dengan kes melibatkan KM Pulau Pinang (dengan) pembelian banglo, pendedahan penjualan tanah Taman Manggis.

“Di situ kita tengok isu integriti sudah pun tercalar, saya tengok ini akan menghancurkan integriti pembangkang,” katanya.

Selain daripada dakwaan dalam mendapatkan tender itu, Manickavasagam atau Mike turut dikaitkan dengan dakwaan menipu wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beberapa orang kurang upaya.

PKR dijangka membincangkan kes Manickavasagam dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 21 Jun – AP

Advertisements

One thought on “Sikap Anti-Rasuah Pembangkang Hanya Gimik, Kata Penganalisis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s