Mesej 2 PRK Untuk PH, PAS & BN

AIDCNews – 19/6/16 – Pembaca dan pemerhati tegar laman ini, Sman berpendapat Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar mempunyai mesej tersendiri untuk Pakatan Harapan, PAS dan Barisan Nasional.

Berikut pandangan dan ulasan beliau :

1. PRK SB dan KK membuktikan bahawa bukan mudah untuk menukar apa tah lagi untuk memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia.

Rafizi kenalah menamatkan idea berguraunya, Mahathir pula lebih afdhal memohon maaf atas segala salah urusnya dimasa pemerentahan beliau berbanding dengan cuba menyalahkan penggatinya,Tony Pua kena menurunkan sikap angkuhnya dan cubalah menerima penjelasan Arul Kanda dan berhenti dari terus cuba menggodam 1MDB, PAS pula kena cuba benar-benar memahami fungsi GST dan dasar ekonomi negara yang diformulate oleh BN.

Kemudiannya, mereka semua cubalah mencadangkan kepada rakyat apa pula langkah dan rancang mereka untuk menambah baik kehidupan rakyat dan memperbaiki sistem pemerentahan negara, jika benar mereka lebih baik dari apa yang ada. Biar rakyat menilainya, bukan mereka yang mengada-ngada.

2. PAN lebih wajar membubarkan parti mereka, sebelum parti tersebut berkubur dengan sendirinya,kemudian terus menyertai DAP sahaja kerana PAN tidak mempunyai masa depan.

Undi PAN hanya dari kaum Cina,jadi dari mana lah PAN boleh mendapat kemenangan kerusi dalam PRU nanti. Malah kawasan mahu bertanding pun belum tentu di mana letaknya?. Kawasan mejoriti Cina dibolot oleh DAP manakala kawasan 50:50 dikontrol oleh PKR, kawasan Melayu pula hanya PAS atau Umno yang boleh bertapak.

3. PAS akan tetap teguh di kawasan tradisinya walaupun PAN mungkin ‘kacau daun’. Untuk lebih menjamin kedudukannya dan berpotensi dalam mendaulatkan Islam, PAS kena lebih bersedia utk berkerjasama dgn Umno, tapi kalau hanya mahukan kemenangan politik, mungkin juga PAS terpaksa menggadai maruah dengan membuat pusingan U bersekongkol kembali dalam kelompok puak liberal, DAP, PKR dan ANC.

4. Masa depan Umno/BN dan PM Najib nampaknya kelihatan lebih cerah dalam PRU 14 nanti, tambah lagi jika keadaan ekonomi negara dan dunia menjadi pulih dan lebih baik.

Namun, PM Najib perlu menepati janji pilihan raya dan memperbaiki beberapa kelemahan yang ada.

Elakkan juga dari isu seperti 1MDB berulang lagi dan kalau boleh nasihatkan juga sang isteri agar lebih berhati-hati bila beraksi supaya Rafizi tidak mempunyai modal untuk ‘bergurau’lagi.

Jadikan juga PAS sebagai rakan sebangsa dan seagama yang perlu hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain dalam hal-hal yang bersangkutan dengan agama dan bangsa.

Berusaha lah mengekal kuasa yang kita ada, hanya inilah satu-satunya harapan kita.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s