PAN Pelawa PAS Bersama Pakatan Harapan

KUALA KANGSAR – Pakatan Harapan mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan gabungan parti pembangkang kembali utuh.

“Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam sidang media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar di sini, semalam.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming turut senada dengan Salahuddin selain terbuka untuk mempelawa Pas menyertai Pakatan Harapan.

Katanya, pertandingan empat penjuru jelas memberi kesan kepada pembangkang untuk menewaskan BN di Parlimen berkenaan.

“Jika Pas tak nak kalah perlu elak pertandingan seumpama ini. Kita sentiasa terbuka, tetapi Pas perlu ikhlas,” katanya.

Kor Ming turut mendakwa 300 pengundi yang dikenalpasti penyokong setia DAP yang berhasrat mengundi calon Amanah telah dipindahkan ke kawasan Parlimen Padang Rengas.

Beliau yang juga ahli Parlimen Taiping turut menegaskan tindakan tidak adil SPR itu adalah salah satu sebab undi Amanah berkurangan.

“Kita juga dapat tahu ke semua mereka tidak dimaklumkan tentang perubahan berkenaan,” katanya – SH

Advertisements

2 thoughts on “PAN Pelawa PAS Bersama Pakatan Harapan

  1. Fahami dulu secara mendalam tujuan jemputan ini. DAP cuma mahu undi PAS tapi kuasa pemutus masih ditangan DAP dan juga PAN sbg wakil dan abang besar dlm rundingan dgn PAS. Itulah tahap penghinaan DAP hingga PAS duduk dlm kasta plg rendah dlm pembangkang.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s