Pasca PRK : Realiti Undi DAP, PKR & PAN Lawan Undi PAS

2 PRK; Tahniah! PAS Telah Menang Menyampaikan Risalah

Allah berfirman:
وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan satu lagi yang kamu cintai iaitu bantuan daripada Allah dan pembukaan yang hampir dan berilah berita gembira kepada orang-orang beriman” (Surah al-Saf ayat 13)

1. Alhamdulillah misi perjuangan PAS telah berjaya disampaikan dalam 2 PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar. Kemenangan BN bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah memenangi kerusi itu sebelumnya.

2. Menegur kemungkaran dan salah urus tadbir BN kekal menjadi amanah dakwah PAS kepada umat dan rakyat Malaysia. Menegaskan pendekatan berpolitik secara matang dan sejahtera perlu diperkasakan lagi untuk PRU ke 14. Para pejuang Islam tidak pernah kalah dalam perjuangan mereka.

3. Ahli-ahli PAS perlu terus yakin bahawa dengan membawa prinsip perjuangan Islam yang tegas pengaruh PAS akan terus bertahan dan bertambah. Jangan bimbang! Pengaruh tidak akan hilang kerana menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik kerana pengaruh Islam akan sentiasa berkembang.

3. Terima kasih kepada para pengundi di Sg Besar dan Kuala Kangsar yang terus bersama dengan PAS. Juga tahniah kepada semua para petugas.

4. Ternyata menerusi keputusan 2 PRK bahawa kekuatan PAS secara bersendiri jauh melebihi pengaruh masing-masing DAP atau PKR secara bersendiri.

5. Parti-parti pembangkang yang menumpang kekuatan PAS sebelum ini dalam menghadapi BN perlu menginsafi diri bahawa mereka tidak akan ke mana tanpa PAS.

6. Misi PH untuk menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS dalam 2 PRK telah berjaya.

7. Kekuatan sebenar Pakatan Harapan boleh dinilai menerusi 2 PRK ini. Maka usahlah terpedaya dengan fatamorgana di padang pasir.

Sekian

Dr Khairuddin Takiri
Madinah 17.35 mlm / 10.35 mlm waktu Malaysia

suhaizan

Advertisements

One thought on “Pasca PRK : Realiti Undi DAP, PKR & PAN Lawan Undi PAS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s