Surat Terbuka Bekas Mejar Zaidi Kepada Presiden PAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan presiden. Diharap tuan sudi membaca warkah ini walaupun sedang kepenatan akibat kempen di dua PRK.

Sebenarnya saya sudah lama ingin menulis warkah ini namun menangguhkannya kerana menunggu selesai 2 PRK.

Sejujurnya bagi 2 PRK ini saya rasa lebih sesuai jika Amanah hanya menumpukan kepada satu kerusi saja iaitu K Kangsar memandangkan faktor jentera dan juga faktor PKR lebih berpotensi untuk menang di Sg Besar kerana MB adalah dari PKR dan sudah tentu PAS juga akan lebih cuak untuk bertanding melawan MB mereka.

Sememangnya boleh dijangka bahwa BN akan menang mudah disebabkan perpecahan pembangkang namun yang menjadi rebutan sebenar ialah tempat kedua.

Jika PH berjaya mendapat tempat kedua di kedua2 kerusi dan PAS tempat tercorot maka lebih mudahlah untuk memaksanya ke meja rundingan, namun keputusan Kuala Kangsar menunjukkan sebaliknya, maka PAS akan terus dengan sikap besar kepalanya apabila mampu mendabik dada berjaya “mengalahkan PH” di KK.

Ada beberapa perkara yang saya perhatikan sepanjang kempen di KK yang saya hadiri;

1. “ketakutan” pengundi melayu kepada Dap sepatutnya dibanteras oleh PH dengan menghantar penceramah2 Dap Cina ke kampung2 melayu supaya pengundi Melayu boleh rasa selesa dengan pemimpin Dap.

Sebaliknya PH sendiri terikut rentak musuh apabila menghadkan penceramah Cina berceramah di kawasan Cina saja.

2. Susun atur program penerangan yang agak caca merba. Jika ianya dibuat dengan lebih teratur dan tersusun maka sudah tentu impaknya lebih baik lagi. Ada ceramah yang sepatutnya saya hadiri tetapi tempatnya tidak dijumpai dan picnya tidak dapat dihubungi.

Ada yang langsung tiada poster atau ada poster gambar penceramah tidak lengkap dan yang lebih teruk penceramah yang ada gambarnya di poster tetapi langsung tidak muncul untuk berceramah (ini seolah2 menipu orang ramai).

3. Isu “HUDUD” atau RUU Akta 355 merupakan isu utama pada PRK ini kerana ia melibatkan kawasan Melayu. Namun dalam menangkisnya pemimpin2 PH tidak menggunakan nada yang sekata sehinggakan ada yang bersikap provokatif dan menyentuh sensitiviti agama.

Sebenarnya bagi saya ianya isu yang mudah jika dijawab menggunakan FIQH AWLAWIYAT iaitu keutamaaan menjatuhkan pemerintah BN yang zalim dan menindas berbanding perkara2 lain.

4. Cakap berlapik contohnya perkataan INSHA ALLAH. Rasulullah SAW sendiri wahyu tidak turun agak lama kerana Baginda SAW tidak menyandarkan dengan INSHA ALLAH.

Tuan dalam ceramah memperkenalkan calon di K.Kangsar telah menyatakan dengan yakin bahawa Amanah akan menang di kedua2 PRK tanpa menyandarkannya dengan Insha Allah.

Dalam majlis yang sama juga Ustaz Ahmad Awang telah dijemput di akhir majlis untuk membacakan doa.

Apa salahnya jika beliau dijemput untuk menyampaikan “pesanan dan kata2 perangsang kepada para pengundi dan petugas DAN SETERUSNYA membacakan doa.

Ini untuk menangkis dakwaan yang mengatakan ustaz2 dalam Amanah hanya tukang baca doa saja.

MAMPUKAH AMANAH GANTI PAS?

Rakyat mempunyai harapan yang besar untuk BN ditumbangkan namun selagi tidak ada sebuah parti Islam yang mampu menambat hati masyarakat Melayu Islam maka harapan tersebut mungkin tinggal jadi angan2. Antara cabaran2 yang perlu diatasi oleh Amanah;

1. Mengangkat martabat ulama untuk bukan setakat menjadi pembaca doa tapi benar2 mampu menyumbang kepada ummah. Dalam konteks ini perlukah Amanah mewujudkan dewan ulamanya dan mursyidul am yang tidak sama dengan MA PAS di mana kuasanya hanya terhad menasihati presiden/ Ajk pusat namun tidak di bawah pengaruh mereka.

Tugas ulama2 ini bukan setakat menasihati pemimpin tapi yang lebih penting ialah mentarbiah ahli2 agar menjadi ahli2 yg berkualiti dan mampu menarik lebih ramai rakyat menyertai Amanah.

Ada lagi beberapa isu yg saya ingin tuliskan mungkin di lain kali

PENYERTAAN NON MUSLIM SAMPAI MANA HADNYA?
IKRAM; ADAKAH IA PUNCA KEKUATAN ATAU KELEMAHAN AMANAH JIKA KRONISME GENG USTAZ MUSNAHKAN PAS JANGAN BIARKAN KRONISME PEMIMPIN TERTENTU PULA MUSNAHKAN AMANAH

WAJARKAH PENGERUSI AMANAH NEGERI2 DILANTIK TERUS OLEH AHLI2 ATAU DILANTIK OLEH PRESIDEN SEPERTI DALAM PAS?

WAJARKAH JAWATAN2 UTAMA DALAM PARTI SEPERTI PRESIDEN DILANTIK TERUS OLEH AHLI2 ATAU AHLI2 TIDAK BERHAK?

SIFAT PEMIMPIN bagi saya sentiasa bersikap tenang, sentiasa senyum dan mesra (Anwar Ibrahim, Barrack Obama, ATGNA), sabar, tidak mudah melatah apatah lagi gagal kawal emosi dan putus asa.

Jagalah akhlak sebagai pemimpin parti Islam, dunia sedang memerhati kamu.

Pemimpin mudah didekati dan mendekati ahli dan rakyat.

Sekali sekala ajaklah ahli2 minum sambil sembang2. Jangan dok berkawan dengan orang2 yang sama saja. Bergaullah dengan semua ahli dari berbagai peringkat.

Solusi kepada masalah kadang2 datang dari orang yang kita tak sangka2 contoh dalam perang Khandak.

Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?

Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?

Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.

Sekian harap terima secara positif demi perjuangan untuk menyelamatkan anak cucu dan negara tercinta.

Maaf jika ada sebarang kesilapan kita manusia biasa tiada yang sempurna.

Wassalam

Mejar Zaidi
Bekas ahli Amanah (masih PH)
Kepala batas
19 jun 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s