Bekas CEO The Malaysian Insider Mohon Maaf Kepada Khalid Ibrahim

tmiBekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mendapatkan permohonan maaf daripada portal media yang sudah gulung tikar, The Malaysian Insider kerana memfitnah beliau.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TMI, K.A Jahabar Sadiq A/L K.A Abdul Kader membuat permohonan maaf itu di hadapan Hakim Nor Bee Arrifin bersama editor Bahasa Malaysia TMI, Amin Iskandar.

TMI antara lain memfitnah Abdul Khalid sebagai seorang Menteri Besar yang tidak beramanah, tidak jujur, tidak berprinsip dan korup.

Kedua-dua defendan itu turut mengakui penulisan dan penerbitan TMI mengenai Abdul Khalid, adalah fitnah.
Abdul Khalid dalam kenyataan dimuatnaik di laman Facebook miliknya turut menyatakan syukur kes saman yang difailkannya terhadap TMI berakhir dengan baik.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah merekodkan Perhakiman Persetujuan di mana pihak TMI yang diwakili oleh defendan pertama dan kedua, Jahabar Sadiq dan Amin Iskandar telah memohon maaf kerana menerbitkan dua artikel yang bersifat fitnah sehingga mencemarkan reputasi baik saya.

“Mereka turut mengakui bahawa kedua-dua artikel tersebut adalah berdasarkan khabar angin dan menyatakan rasa kesal mereka serta memberi akujanji tidak akan mengulangi mana-mana bahagian tuduhan tidak berasas serta fitnah jahat tersebut pada masa akan datang,” katanya.

Notis mengenai Penghakiman tersebut jua telah dikeluarkan ke atas Ahli Lembaga Pengarah Edge Insider Sdn Bhd, Ho Kay Tat dan Tong Kooi Ong bahawa perintah pelaksanaan penghakiman boleh dikenakan ke atas mereka jika mereka mengingkari akujanji yang terdapat dalam Penghakiman tersebut.

Abdul Khalid berkata meskipun beliau melihat perbuatan defendan-defendan menerbitkan artikel berunsur fitnah adalah bagi melaksanakan satu misi jahat yang akhirnnya berjaya, beliau memilih untuk tidak memanjangkan persengketaan ini.

“Pada hemat saya permohonan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan,” katanya – My Nation News

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s