PAS Pertimbang Putus Hubungan Dengan PKR

AIDCNews – 20/6/16 – Sokongan terbuka PKR terhadap PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar berkemungkinan akan menjejaskan hubungan parti Keadilan itu dengan parti Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata gambaran sebenar berkenaan hubungan kedua parti itu akan diketahui selepas post-mortem PRK kedua-dua kawasan parlimen tersebut.

“Mungkin benda ini (hubungan dengan PKR) akan timbul apabila kajian post-mortem pilihan raya (kecil). Ia akan bangkit banyak isu..”katanya.

Tambahnya, PAS juga turut mengetahui sokongan terbuka PKR terhadap PAN yang turut ditandingi parti Islam itu pada pada 2 PRK baru-baru ini.

“Kita tahu dan kita tengok..bukan kita tidur,”katanya lagi.

Sebelum ini, penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis meramalkan hubungan politik antara PKR dan PAS mungkin bakal menemui titik akhir selepas berakhirnya dua PRK itu.

“Saya rasa PKR akan merasai beban atau kesan jika parti itu benar-benar ‘berpisah’ dengan Pas.

“Ini kerana PAS memegang sokongan majoriti masyarakat Islam dan Melayu. Kalau undi PAN lebih banyak daripada PAS, mungkin tak apa,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya lagi, PKR perlu mengelakkan berlakunya perpisahan antara parti itu dengan PAS kerana pembangkang memerlukan kekuatan PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

“Bila berlaku perpecahan macam ini (pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar, empat penjuru di PRK Kuala Kangsar), PKR terus memilih untuk menyokong dan bersama PAN.

“PKR kena ingat yang naiknya Azmin (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) sebagai menteri besar pun disebabkan oleh sokongan daripada PAS. PKR juga kena ingat bahawa PAS lebih disokong masyarakat Melayu berbanding PAN,” katanya lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s