PAS Sedia Berkerjasama Tetapi Bukan Dengan PAN & DAP – Tuan Ibrahim

SHAH ALAM: PAS berpendapat pembangkang perlu kembali bekerjasama antara satu sama lain bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang sekiranya ingin mengekalkan kerusi masing-masing.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembangkang perlu mencari mekanisma baru dalam mengekalkan kerjasama, seperti mana dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu bagi memastikan konsep satu lawan satu dapat dicapai.

Namun bertegas tidak mahu mengorbankan kerusi PAS bagi memberi laluan kepada parti lain dalam PH untuk bertanding.

“Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara mekanisma yang boleh PAS terima ialah sepakat untuk satu lawan satu.

“Tapi PAS tegaskan setuju satu lawan satu di kedua PRK ini tapi bukan prinsip kita terpaksa korbankan kerusi PAS, itu tidak betul dari segi sepakat. Kita kena hormati hak kerusi yang sedia ada dan parti lain tidak perlu sertai sama. Itu sepatutnya dihormati.

“Kalau prinsip itu tidak dihormati maknanya kita bergabung tapi kita terpaksa korbankan kita punya kerusi, saya fikir tidak betul dari segi kaedah kerjasama,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

Ini kerana Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar memberikan isyarat bahawa pengundi muak dengan perpecahan yang dihadapi pembangkang yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS yang menentang Barisan Nasional (BN).

Kepimpinan PAS sebelum ini bertegas tidak akan kembali menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dibentuk DAP, PKR dan PAN.

PAS takkan gadai prinsip

Tetapi Tuan Ibrahim, PAS masih berpendirian untuk tidak menggadai prinsip perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

“Saya fikir dengan DAP, PAN (Parti Amanah Negara) tidak mungkin (akan kerjasama). Sebab prinsip PAS orang (PAN, DAP) tidak boleh terima, itu tidak mungkin berlaku. Sebab kita bekerjasama (dalam PR) sampai kita hilang prinsip yang kita perjuang, PAS fikir tidak ada parti yang sanggup begitu.

“Sebenarnya kita tengok PAN ini lahir daripada sikap agak menyecewakan PAS. Mereka tewas pada muktamar dan menarik ahli-ahli parti keluar, saya fikir ini kita tidak boleh terima begitu,” jawab Tuan Ibrahim.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Samad mengakui parti itu tidak boleh bersendirian dalam pilihan raya umum depan, selepas kalah di kedua-dua PRK semalam.

Justeru PAS akan menggerakkan peranan ‘blok ketiga pembangkang’ yang dibentuknya bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Mengulas mengenai kerjasama dengan IKATAN dan beberapa NGO lain, Tuan Ibrahim berkata parti itu akan menguatkan

“Memang kita akui (perlu kerjasama politik) sebab itu kita akan memperkasakan Blok Ketiga sebab altenatif kepada rakan dalam PAS. Blok Ketiga ini tidak menonjol dalam PRK baru ini walaupun kita akui bahawa Parti Ikatan juga turun bantu tapi kita akan perkasakan lagi blok ketiga,” ujar Tuan Ibrahim.

Dalam pada itu, PAS mengakui kurang mendapat sokongan kaum Cina di PRK Sungai Besar sepertimana yang diperoleh mereka semasa dalam PR pada PRU lalu, sekaligus menyebabkan undi kaum itu kembali menyokong BN.

“Kami akui juga PAS (sebelum ini bertanding di atas tiket Pakatan Rakyat) dapat sokongan daripada pengundi Cina, tapi kali ini pengundi Cina tidak menyokong PAS dan PH, sebahagian mereka menyokong kembali BN.

Dalam PRK Sungai Besar, PAN mengatasi pungutan undi daripada PAS dengan 707 undi dimana Azhar Abdul Shukor memperoleh 7,609 undi manakala Dr Rani Osman yang mewakili PAS memperoleh 6,902 undi.

Sementara di Kuala Kangsar calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad memperoleh 5,684 undi, mengatasi calon PAN Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s